Ibu Zynakal Yang Juga Kakak Kepada Zamani Slam Mninggal Dunia

Keluarga Semasa Tempatan

“Bukan sekarang masa untuk kau pergi, kau lagi kuat apa yang aku tahu. Aku harap ramai yang mendoakanmu Ibu.” Itulah yng diungkapkan dalam satu perkongsian melalui Insta Story milik penyanyi Zynakal sebelum ibunya pergi buat selamanya.

Ibu kepada penyanyi ini menghembuskan nafas terakhir pada jam 1 petang tadi kerana jangkitan kuman dalam darah di Hospital Pakar Al Islam, Kampung Baru.

Berita pemergiaan Allahyarhamah Zuraidah Ibrahim ini disahkan oleh  perkongsian daripada laman Instagram ZIME Production.

“Assalamualaikum, Innalillahi wainna ilahirajiun, Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.

Dukacita dimaklumkan, Kakak kesayangan kepada Zamani Ibrahim telah kembali ke Rahmatullah tengahari tadi, 26 September 2020. 

Semoga r0hnya mendapat rahmat dan anugerah keampunan daripada Allah serta dikurniakan tempat bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Serta dimasukkan ke dalam syurga. Amin Ya Rabbal Alamin.”

Untuk pengetahuan semua, Allahyarhamah Zuraidah merupakan kakak kepada penyanyi tanah air, Zamani Ibrahim. Dan juga merupakan salah seorang pengurus dalam Syarikat pengurusan Zamani iaitu ZIME Production.

Semoga Allahyarhamah tenang di sana bersama golongan orang beriman.

 

Sumber: ZIME Production , Siakap Keli

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.