Buka Puasa Beramai-Ramai, 16 Orang Ahli Keluarga Termasuk Ibu Bapa Dijangkiti Covid-19

Santai Tempatan

Majlis iftar bersama keluarga bertukar menjadi musibah apabila 16 orang ahli keluarga di Bahrain dijangkiti wabak Covid-19 menerusi salah seorang dari mereka.

Menurut laporan Kementerian Kesihatan Bahrain, anggota keluarga itu dijangkiti kerana gagal mengikuti langkah pencegahan termasuk mengelakkan perhimpunan atau perjumpaan ramai, memakai topeng muka dan melakukan penjarakan sosial.

Difahamkan, individu yang dijangkiti telah menyebarkan Covid-19 tersebut kepada semua ahli keluarga yang hadir ke majlis iftar tersebut termasuk ibu bapa, adik-beradik dan beberapa kanak-kanak.

”Adalah menjadi tanggungjawab semua orang untuk mematuhi panduan dan langkah pencegahan sebagai usaha mencegah penyebaran virus,” kata kementerian.

Pihak kementerian juga dilaporkan sedang meningkatkan usaha dan memperluaskan kemampuan ujian mereka bagi memastikan keselamatan semua orang melalui pengesanan awal kes dan pengesanan kontak.

Setakat ini, Bahrain mencatatkan 4,774 kes jangkitan Covid-19, manakala 2,055 kes telah pulih dan 8 kematian turut direkodkan.

Sumber: World Gulf