Illi Najwa Saddique tidak pernah keluar Islam – JAINJ

JOHOR BAHRU – Siasatan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) mendapati Illi Najwa Anuar Hussein Saddique yang perkahwinannya dengan kapten hoki pasukan India, Manpreet Singh Pawar men1mbulkan kontr0versi tahun lalu, tidak pernah keluar daripada Islam.

Hasil sias4tan berkenaan dipersembahkan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar oleh Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad dan Pengarah JAINJ, Datuk Md Rofiki Shamsudin menghadap baginda di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi, di sini.

Turut menghadap Sultan Johor dalam pertemuan berkenaan adalah Illi Najwa.

Foto: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Foto: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Pada pertemuan Sultan Johor, Mufti Johor turut mempersembahkan hasil si4satan penuh JAINJ berhubung status perkahwinan dan keagamaan Illi Najwa bersama pasangannya.

Yahya berkata, sias4tan secara menyelvruh dijalankan oleh JAINJ dan mendapati Illi Najwa masih Islam.

“Pihak JAINJ memanggil Illi Najwa bersama ibunya serta beberapa saksi lain dan keterangan juga diambil daripada mereka.

“Hasil sias4tan mendapati Illi Najwa tidak pernah keluar dari Islam, malah pada hari ini beliau (Illi Najwa) juga hadir bersama kami untuk mengadap Baginda Tuanku Sultan,” katanya yang dimuat naik akaun Facebook rasmi Sultan Johor.

Pada Disember lalu, Sultan Johor men1tahkan JAINJ dan Jabatan Mufti Johor menyi4sat status terkini agama wanita berkenaan yang dilaporkan berkahwin dengan Kapten Hoki India.

Sultan Johor dilaporkan bertitah, sebagai Ketua Agama Islam Johor, baginda bertanggvngjawab memelihara keduduk4n Islam supaya sentiasa terpel1hara dan dipandang mulia selari dengan Perkara 57 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dan Perkara 3 Perlembagaan.

Mengulas lanjut,Yahya berkata, pendaftaran perkahwinan pasangan itu di Johor Bahru juga kini dalam proses.

“Tiada ada apa-apa mas4lah untuk didaftarkan perkahwinan mereka dan isu ini juga sudah selesai,” katanya.

Disember lalu, kapten hoki pasukan India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia, Illi Najwa Saddique.

India hockey star Manpreet SIngh marries long-time Malaysian girlfriend Illi Siddique in Punjab - See photos - Sports News

Pasangan itu menjalinkan hubungan cinta sejak lapan tahun lalu. Majlis resepsi diadakan di kampung halaman Manpreet di Mithapur dekat Jalandhar, Punjab.

Manpreet, 28, mengenakan sut perkahwinan punjabi yang lengkap dengan serban, sementara Illi Najwa pakaian pengantin Punjabi ketika mereka bertukar ikrar perkahwinan.

 

Sumber: Ohbulan

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.