“Imagine Kau Pergi Sekolah Jumpa Siwon & Lisa “- Foto Bersama Siwon, Lisa Curi Perhatian Trending Di Twitter.

Hiburan

PENAMPILAN baharu pelakon Lisa Surihani dengan imej muslimah selepas pulang dari menunaikan Umrah mendapat sokongan ramai terutama peminatnya.

Malah, nama Lisa Surihani dilihat masih menjadi bualan sehingga trending nombor satu Malaysia di laman sosial Twitter pada Jumaat. Rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dan memuji kecantikan Lisa atau nama sebenarnya Lisa Surihani Mohamed, 33.

Netizen memuji kecantikan Lisa memakai tudung.

Kehadiran Lisa bersama selebriri terkenal Korea Choi Siwon pada program Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) di Sekolah Tinggi Kajang pagi Jumaat turut menjadi topik dalam kalangan warga laman sosial itu.

 

Siwon turut mengemaskini twitternya dalam Bahasa Melayu  ” saya datang ke Malaysia, cuacanya bagus..”

Segelintir netizen cemburu melihat Lisa Surihani dapat berbual dengan lebih dekat pelakon korea itu.

 

 

 

sumber : twitter siwon choi , lisa surihani