Imbas Selebriti Yang Berjaya Menurutkan Berat Sepanjang Tahun 2018.

Hiburan

Kalau dilihat, sepanjang tahun ini menyaksikan ramai selebriti berazam untuk mendapatkan bentuk badan idaman, tidak kurang juga yang berjaya.

Malah, kejayaan mereka itu turut menjadi pembakar semangat buat netizen lain untuk sama-sama mendapatkan bentuk badan idaman.

Oleh itu, apa kata kita imbas kembali antara selebriti-selebriti yang berjaya menjadi ‘role model’ untuk netizen menguruskan badan.

1. Abam Bocey

Sejak Abam mengumumkan untuk menjaga berat badannya, ramai yang memberikan sokongan buatnya.

Katanya, antara sebab utama dia berbuat demikian adalah untuk kesihatan dirinya juga. Setakat ini, kelihatan hasil yang positif daripada usaha kerja keras Abam itu.

2. Sherry Al-Hadad

Sherry mula menjaga berat badannya setelah diberi nasihat oleh doktor. Kisahnya, jika dia tidak menjaga berat badannya kini, akan ada komplikasi pada masa akan datang.

Setakat ini, dia berjaya menurunkan 11 KG dalam masa 3 bulan.

3. Shukri Sahar

Pelawak dan pengacara mula menjaga soal pemakanannya setelah terkejut dengan berat badannnya yang naik mendadak.

Sejak itu, dia mula mengamalkan diet serta berpuas hati apabila dapat turun 5 KG dalam masa dua minggu.

4. Datuk Seri Nurhaliza

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berjaya menurunkan 20KG selepas melahirkan Siti Aafiyah. Hebatnya!

5. Billa Najmi

Bekas peserta Akademi Fantasia, Billa Najmi berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 24 KG.

6.  Shah Jaszle

Image result for shah jaszle kurus

Shah Jaszle akui berat badannya pernah mencecah sehingga 89 kilogram. dan sukar untuk menurunkan berat badan seperti zaman bujang dahulu. Beliau berkongsi tips dengan hanya mengambil 500 kalori sahaja sehari dan ia berjalan dengan beberapa program diet lain yang dikawal oleh doktor dan berat badan kini  turun sebanyak 11 kilogram .

Foto/Instagram: Artis/MH