“Inspirasi Dari Madonna & Cher “- Gaya Berani Jasmine Suraya Di Kritik Warganet.

Pelakon Jasmine Suraya memuat naik beberapa foto dirinya menggayakan sepasang busana dengan memperlihatkan bahagian daadanya di Instagram.

Perkongsian foto itu kemudian mengundang pelbagai respons dalam kalangan netizen yang mempertikaikan tindakan pelakon filem Paskal itu yang didakwa terlalu seeksi.

 

 

Rata-rata netizen mempersoalkan imej Jasmine itu kelihatan terlalu ‘berani’ kerana menampakkan dirinya seolah-olah tidak mengenakan pakaian dalam.

“Kalau ya pun pakailah c0li.

“C0li mana c0li.

“Tampal salotep ke?

“Tak pakai c0li ke?,” tulis sebahagian netizen di ruangan komen.

Bahkan, ruangan entri tersebut juga dipenuhi dengan komen-komen nakal.

Begitupun, ada juga yang meminta agar Jasmine sebolehnya tampil lebih sopan.

“Saya tahulah awak bukan Islam, tapi elok-eloklah sikit pakai sebab awak orang perempuan,” nasihat pengikutnya.

Pada masa sama, ada yang mendakwa, jasmine sengaja berkongsi gambar sedemikian kerana mahu menarik perhatian umum.

Dalam pada itu, pelakon drama Alamatnya Cinta itu memberitahu, penampilan tersebut diinspirasikan daripada penyanyi Madonna dan Cher.

“Terima kasih kepada semua yang komen dan DM (Direct Message) mengenai gaya ini. Hampir tiga jam kita orang bersiap untuk dapatkan gaya sebegini.

“Diinspirasikan daripada campuran gaya Madonna dan Cher,” tulisnya.

 

Jasmine atau nama sebenarnya Jasmine Suraya Chin Xian Mei, 30, merupakan pelakon keturunan Cina yang sering disangka orang Melayu.

sumber : gempak

error: Content is protected !!