Tahniah! Intan Ladyana & Harris Alif Sah Bergelar Suami Isteri

Tahniah kami ucapkan kepada pasangan selebriti, Intan Ladyana dan Harris Alif yang selamat melangsungkan pern1kahan pagi ini.

Intan Ladyana, 38, selamat bergelar isteri kepada pelakon Harris Alif, 22, hanya dengan sekali lafaz dalam satu majlis ringkas bertempat di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sekitar jam 10 pagi, hari ini.

Susulan dari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), detik manis pasangan ini hanya disaksikan keluarga terdekat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MeleTOP (@meletop)

Haris dan Intan berbusana putih sedondon.. Cantiknya…

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 🎬 (@intanladyana)

Menurut Harris, mereka sepatutnya melangsungkan pern1kahan pada Sabtu namun terpaksa diawalkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun Harris dan Intan meluahkan rasa lega serta bersyukur apabila acara pern1kahan mereka berjalan dengan lancar mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Intan dan Harris din1kahkan di pejabat Jawi.

“Alhamdulillah… saya sangat bersyukur selepas selesai acara akad n1kah. Memang agak susah juga nak buat majlis waktu PKP ini. Sepatutnya kami n1kah pada 6 Februari tapi diawalkan bagi mengikut jadual pihak Jawi.

“Acara n1kah kami mengikut SOP dan Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Sebelum akad n1kah itu, saya rasa tenang saja tapi bila dah duduk nak lafaz akad tu mula rasa gementar,” kata Harris kepada mStar.

Bagaimanapun, pasangan tersebut masih mencari tarikh yang sesuai untuk mengadakan majlis resepsi mereka.

Acara tersebut turut hadir dan menyaksikan penyatuan Harris dan Intan adalah Pendaftar N1kah, Cerai, Ruju’ Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ustaz Nasir Abdullah.

Alhamdulillah… saya sangat bersyukur selepas selesai acara akad n1kah.

HARRIS ALIF

PENGACARA

Pada majlis itu, Harris, 22, menyerahkan mas kahwin berupa set perhiasan barang kemas dan sebentuk cincin berlian.

Manakala barangan hantaran iaitu sembilan dulang daripada pihak pengantin perempuan berbalas tujuh dulang daripada pihak lelaki tidak dibawa bersama sebagai mematuhi SOP ditetapkan.

Pada majlis terbabit, kedua pasangan mempelai ini nyata berseri-seri menyarung busana daripada Hatta Dolmat dan Epul Senitravision.

Menerusi sidang media itu juga, Harris mended4hkan majlis merisik sudah dilakukan pada Julai tahun lalu, sebulan selepas ulang tahun kelahiran Intan.

Pasangan ini mengadakan sesi sidang media selepas acara akad n1kah.

Sementara itu, Intan berk0ngsi perjalanan hubungan mereka dipermudahkan dari awal perkenalan dan paling penting, keluarga kedua-dua belah pihak sangat positif serta merestui hubungan mereka.

Menerusi laporan mStar pada 27 Mei tahun lalu, Harris mengakui sedang bahagia menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon berusia 38 tahun itu.

Pengacara program Generasi Z itu turut menjelaskan perbezaan usia 17 tahun bukan penghalang untuk mereka meneruskan hubungan tersebut.

Teka-teki terjawab… Harris Alif, Intan Ladyana n1kah 6 Februari depan

Image result for intan ladyana harris alif

Terdahulu, Mstar melaporkan pasangan selebriti Intan Ladyana dan Harris Alif bakal disatukan sebagai suami isteri pada 6 Februari depan.

Meskipun masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Harris, 21, berkata itu bukan pengh4lang untuk mereka meneruskan niat mendirikan rumah tangga.

“Tarikh perkahwinan kami ialah 6 Februari ini… kita nak ambil tarikh lain tapi ada orang dah ambil jadi kami berbincang pilih tarikh ini, ia akan jadi tarikh cukup bermakna buat kami berdua.

“Majlis nanti tetap akan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan memandangkan kita masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya.


Pasangan ini akan bern1kah pada Februari depan.

Harris dan Intan mengumumkan berita itu menerusi sidang media istimewa yang diadakan secara atas talian pada Selasa.

Pasangan ini akan bern1kah di sebuah masjid di Kuala Lumpur diikuti majlis resepsi di lokasi yang akan dimaklumkan kelak.

Turut diadakan malam berinai dan majlis bertandang.

Pada 5 Disember tahun lalu, foto Harris Alif menunjukkan cincin kepada seorang wanita dipercayai kekasihnya iaitu Intan Ladyana mengundang pertanyaan peminat di laman Instagram.


Peminat teruja apabila mengetahui pasangan ini menjalinkan hvbungan cinta pada Mei tahun lalu.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan membuat spekulasi pasangan itu sudah mengikat tali pertunangan dan bakal ke fasa seterusnya dalam hvbungan itu.

Harris bagaimanapun menjelaskan foto romantis bersama aktres itu merupakan satu babak dalam muzik video lagu terbaharu nyanyiannya berjudul Anugerah.

Menerusi laporan mStar pada 27 Mei tahun lalu, Harris mengakui sedang bahagia menjalinkan hvbungan cinta dengan pelakon berusia 38 tahun itu.

Pengacara program Generasi Z itu turut menjelaskan perbezaan usia 17 tahun bukan penghalang untuk mereka meneruskan hvbungan tersebut.

 

Sumber: Buzzkini, Instagram Intan Ladyana, Meletop, mStar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.