Jangan lupa ISNIN depan! Status permohonan i-Sinar Kategori 1 keluar. Ini cara semakan

BERITA baik! Bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP/EPF) yang membuat permohonan i-Sinar iaitu pengeluaran simpanan akaun 1, Kategori 1 bermula 21 Disember lalu boleh membuat semakan bermula Isnin ini, 4 Januari 2021.

Cara semakan adalah seperti berikut:

Untuk makluman, bagi para pencarum serta ahli KWSP yang telah melakukan permohonan pengeluaran i-Sinar KWSP 10K, anda boleh melakukan semakan permohonan yang telah anda lakukan bermula Isnin, 4 Januari 2021.

Melalui semakan tersebut nanti, anda bakal mengetahui keputusan permohonan yang telah anda lakukan sama ada LULUS ataupun GAGAL.

Perkara ini sangat penting untuk memastikan permohonan yang telah anda lakukan BERJAYA dan anda hanya perlu menunggu duit i-Sinar masuk secara terus ke dalam akaun bank yang telah anda pilih semasa melakukan permohonan.

Namun, jika permohonan yang anda lakukan TIDAK BERJAYA, anda boleh melakukan permohonan baharu kerana tempoh untuk melakukan permohonan pengeluaran wang KWSP i-Sinar adalah selama 6 bulan.

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN (MENGGUNAKAN i-AKAUN)

Untuk pengetahuan anda, cara semakan ini adalah sesuai untuk pemohon yang membuat pengeluaran i-Sinar melalui i-Akaun KWSP.

  1. Sila pastikan bahawa anda telah mempunyai i-Akaun untuk Log Masuk menggunakan ID dan Password.
  2. Sila lihat di bahagian ‘Withrawal’, anda boleh mengetahui sama ada pengeluaran i-Sinar telah dikreditkan pada ‘payment date’

SEMAKAN MENGGUNAKAN PORTAL i-SINAR KWSP

Untuk pengetahuan anda, cara semakan ini adalah sesuai bagi pemohon yang menggunakan portal i-Sinar. Bagi anda yang menggunakan sistem i-Sinar Online pula, anda boleh melakukan semakan di portal tersebut dan akan dipaparkan status permohonan ahli.
Para pencarum serta ahli boleh melakukan semakan status permohonan dengan kaedah seperti di bawah ini:

  1. Layari isinar.kwsp.gov.my
  2. Masukkan maklumat korang seperti nama dan juga nombor telefon yang telah didaftarkan.
  3. Klik semak.

Status permohonan korang akan dipaparkan.

SEMAKAN MELALUI SMS

Jika korang berjaya, pembayaran pertama yang anda telah setkan ketika membuat permohonan akan dikreditkan bermula 11 Januari 2021.

Jika korang tidak berjaya, sama-sama kita tunggu jika pihak KWSP menyediakan kemudahan untuk membuat rayuan.

CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN PENGELUARAN i-SINAR

Bagi mereka yang permohonannya diluluskan, mereka akan dimaklumkan melalui SMS oleh pihak KWSP.

Jadual pembayaran adalah seperti berikut:

Selain itu, tarikh pembayaran pengeluaran pula akan dibuat mengikut kategori 1 dan kategori 2 iaitu:

Kategori 1 (diluluskan automatik) : Mulai 11 Januari 2021

Kategori 2 (status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat) : Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.

* Permohonan Kategori 2 boleh dibuat mulai 11 Januari 2021

Permohonan bagi semua Kategori boleh dibuat dalam masa enam bulan bermula tarikh dibuka.
Semakan status permohonan i-Sinar Kategori 1 Isnin ini

Kaedah bayaran adalah seperti berikut:

  • Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan pencarum.
  • Pembayaran akan dilakukan menerusi kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik pemohon.

Perkara penting sebelum memohon;

Untuk melancarkan proses permohonan, pemohon digalakkan untuk:

  • Mendaftar i-Akaun KWSP
  • Mengemaskini nombor telefon bimbit untuk menerima TAC di cawangan atau kios KWSP

Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran adalah:

i. Masih aktif
ii. Milik anda
iii. Bukan akaun bersama

i-Sinar merupakan kemudahan yang diberikan kepada ahli KWSP yang terjejas ketika krisis Covid-19 untuk membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Ia merupakan sistem yang diperkenalkan KWSP untuk memudahkan ahli pencarum membuat pengeluaran Akaun 1 KWSP.

 

Sumber: Sinar Plus

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf