“Itu antara saya dan Tuhan” – Babak Bersentuhan Dalam Muzik Video, Suami Adira Sedia Maklum

Hiburan

Penyanyi Adira Suhaimi menjelaskan dia sudah terlebih dahulu memaklumkan kepada suaminya, Datuk Red berhubung babak bersentuhan dengan model lelaki dalam muzik video terbaharunya, Pujaan Hati.

Tambah Adira, dia tidak meletakkan sebarang syarat untuk penggambaran muzik video itu dan babak bersentuhan itu demi menjayakan jalan cerita.

“Sebelum penggambaran muzik video ini saya sudah maklumkan kepada suami dan dia tak bising. “Saya tidak kisah sekiranya babak bersentuhan dengan model lelak dalam muzik video Pujaan Hati ini dikecam netizen. Saya sudah bersedia! “Ini bukan mencari publisiti murahan tetapi saya hanya mengikut kehendak skrip. Itu antara saya dan Tuhan.

“Sebelum shooting pun saya sedia maklum akan babak itu jadi saya tidak letakkan sebarang syarat. Babak itu untuk menampakkan jalan cerita lagi real,” jelas Adira.

Adira yang ditemui pada majlis pelancaran muzik video Pujaan Hati di Red Box The Garden semalam turut teruja apabila single terbaharunya itu menjadi pujaan hati ramai. “Syukur apabila single Pujaan Hati dipilih menjadi runut bunyi drama bersiri Pujaan Hati di slot Akasia TV3 dan lagu ini disukai ramai. “Saya harap Pujaan Hati ini menjadi comeback berjaya buat tahun ini,” tambahnya. Terdahulu, lirik video Pujaan Hati telah mendapat hampir sejuta tontonan di YouTube sejak dilancarkan pada 17 Disember lalu.

sumber : gempak