“Itu Bukan Saya” PU Riz Buat Laporan Setelah Tersebar Foto Panas Miripnya di Twitter

Hiburan

Sebelum ini beberapa selebriti dikaitkan dengan foto panas mirip mereka antaranya Syafiq Kyle, Idris Khan, Ammar Alfian dan Aiman Tino. Tidak semena-mena, nama seorang bekas peserta realiti dakwah dikaitkan dengan viralnya foto sedemkian semalam di laman sosial.

Viral di Twitter

Foto peserta program realiti dakwah yang kini bergelar pelakon itu hangat tersebar di laman sosial Twitter sejak semalam. Individu itu dilihat berselfie dengan menayangkan bahagian sulitnya ke arah kamera.

Foto tersebut dipercayai diambil di dalam bilik air berdasarkan posisi rak tuala dan tempat gantung tisu yang dapat dilihat di dalamnya.

Tiada kenyataan setakat ini

Menyedari diheret dengan isu memalukan seumpama ini, Riz atau Muhammad Haris Ismail berkata dia sudah membuat laporan polis di Balai Polis Sri Petaling, Selangor pada pagi Selasa.

Mengulas lanjut mengenai kronologi penyebaran foto berkenaan, Riz berkata dia ada menerima mesej berbaur ugutan pada malam Isnin.

Netizen mula kecoh mengenai penyebaran foto lucah mirip PU Riz di Twitter pada pagi Selasa.

Katanya, individu tidak dikenali meminta sejumlah wang dan tidak menolak ia berkait dengan penyebaran foto tersebut.

“Malam tadi ada orang mesej saya minta duit, dia siap buat ugutan. Tapi saya abaikan saja mesej individu itu. Pagi ini saya terkejut apabila tiba-tiba timbul foto lucah.

“Kerana itu juga saya buat laporan polis kerana lelaki itu berniat jahat terhadap saya,” ujarnya.

Menerusi laman Twitter, dua keping foto memperlihatkan seorang lelaki beraksi tidak senonoh dengan memegang alat sulit tersebar dan dikongsi pengguna laman tersebut.

Berdasarkan foto yang tular itu, netizen mendakwa lelaki tersebut ialah seorang ustaz selebriti yang kini sedang membina nama dalam bidang lakonan.

Hasil carian di Twitter, ada yang membuat andaian individu dalam foto tersebut ialah PU Riz.

“Gambar seorang PU pula tersebar… adakah ia betul?

“Aku rasa Twitter ni dah jadi tempat untuk sebarkan aib orang dah, sebab tak habis-habis dengan isu ni. Kasihan dengan PU tu. Apa benda la, dari tak tahu terus tahu.

“Tengah stalk tweet orang tiba-tiba nampak kat timeline dia gambar PU. My morning is ruined,” tulis netizen.

Sebelum ini, nama beberapa orang selebriti lelaki menjadi sebutan apabila foto didakwa mirip mereka tersebar di laman sosial.

Antaranya ialah Syafiq Kyle, Aiman Tino, Ismail Izzani, Amar Alfian, Riz Amin dan Idris Khan.

 

sumber : mstar/ohbulan