” I’ve met you only three times, but I’ve heard only good things about you ” – Ucapan Jejai Buat Fasha & Aidil.

Hiburan

Jika terdahulu Nora Danish mengucapkan tahniah buat Fasha Sandha, bekas suami beliau turut tidak terkecuali memberi kata-kata buat pasangan Fasha dan Aidil.

Difahamkan bekas suami kepada Fasha Sandha lega apabila mengetahui aktor Aidil Aziz sangat rapat dengan anak-anak mereka.

 

 Aidil, congratulations. I’ve met you only three times, but I’ve heard only good things about you. My kids are my everything and I’m glad to know that you are fond of them. That is very important. May both of you as husband and wife continue to love and honour each other.

Fasha, Alhamdullilah selesai majlis nikah. I am so happy and relieved that both of you tied the knot. I am certain that Rayfal and Jemyma enjoyed every bit of this special occasion. I pray that this nuptial tie will bring you a lifetime of love and happiness, may your love forever grow, InsyaAllah.
Semoga both of you bahagia dunia akhirat and have smooth one.

Sincerely,
Rizal

Rizal Ashram Ramli atau Jejai berkata walaupun hanya pernah bertemu dengan Aidil hanya tiga kali namun banyak cerita baik didengar tentang aktor itu.

“ Aidil, tahniah. Saya bertemu dengan anda tiga kali tetapi saya hanya mendengar perkara baik tentang anda.

“ Anak-anak adalah segala-galanya buat saya dan saya bersyukur hubungan anda rapat dengan mereka. Ia sangat penting,” katanya di Instagram.

Fasha, 35 dan Aidil, 32, selamat bergelar suami-isteri dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar Perlis pada pagi Sabtu.

Sebelum ini Fasha dan Jejai mendirikan rumah tangga pada 27 April 2012 namun mereka bercerai tiga tahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 6 dan Putri Reysha Jemyma, 5 tahun.

Dalam pada itu, Jejai turut melahirkan rasa gembira dan lega apabila pasangan itu akhirnya disatukan sebagai suami-isteri.

Kata Jejai, dia mendoakan agar ikatan tersebut membawa kebahagian dan kegembiraan kepada mereka sehingga akhir hayat.

“ Fasha, Alhamdulillah selesai majlis nikah. Saya sangat gembira dan lega yang anda berdua akhirnya bersatu sebagai suami-isteri.

“ Saya yakin Rayfal dan Jemyma gembira meraikan anda berdua hari ini. Saya mendoakan agar ikatan ini akan membawa kebahagian dan kegembiraan sehingga ke akhir hayat,” ujarnya.

Dengan sekali lafaz, pelakon sensasi Fasha Sandha selamat bergelar isteri kepada aktor Aidil Aziz pada pagi Sabtu.

Pasangan itu melangsungkan pernikahan di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar Perlis sekitar pukul 9.15 pagi.

Pada majlis itu, Aidil, 32, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada Fasha manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Sumber : mstar via rimbabara