Gara2 jam tangan PM, ramai kata kant0i program khas bukan ‘live’… Ras Adiba sahkan r4kaman- “Fokus mesej yang disampaikan”

PROGRAM Bicara Khas Eksklusif bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disiarkan RTM dan TV3, termasuk Bernama pada Ahad malam, mendapat perhatian ramai.

Manakan tidak, program yang disiarkan pada pukul 9 malam itu mengupas mengenai cabaran p4ndemik C0vid-19 ketika negara mencatatkan peningkatan mend4dak kes harian sehingga lebih 6,000 sejak beberapa hari lalu.

Namun, kecoh di media sosial apabila ramai yang mempertikaikan sama ada wawancara itu disiarkan secara langsung, gara-gara jam tangan yang dipakai perdana menteri yang dir4kamkan ketika bersiaran menunjukkan pukul 6 petang, tiga jam lebih awal.

“Bicara Khas dengan Perdana Menteri dilakukan secara live (secara langsung) pada jam 9 malam, tetapi jam PM menunjukkan pukul 6. Adakah ia telah dir4kamkan terlebih dahulu?” tulis seorang netizen.


Antara komen netizen di media sosial.

“Ku sangkakan live, rupanya rec0rded (rakaman) haha,” ujar seorang lagi netizen.

“Rupa-rupanya ada time difference (perbezaan waktu) waktu Semenanjung Malaysia dengan waktu siaran langsung dekat studio RTM… tiga jam berbeza semasa siaran langsung,” komen netizen.

“Kant0ilah pula,” tambah yang lain.

Berdasarkan semakan, program itu disebut sebagai siaran ‘langsung’ oleh pihak TV3 dan Bernama di laman sosial masing-masing.

Foto kiri menunjukkan poster untuk siaran RTM dan Bernama, manakala foto kanan adalah poster ‘siaran langsung’ oleh TV3.

Susulan kekec0han di media sosial, Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Senator Datuk Ras Adiba Radzi mengesahkan bahawa program Bicara Khas Eksklusif bersama Perdana Menteri yang disiarkan pada Ahad malam sebenarnya adalah r4kaman yang dibuat pada Sabtu.

“Sebenarnya ia dibuat secara r4kaman, bukannya live. Ia dir4kamkan di RTM pada Sabtu,” katanya ketika dihubungi.

Apa yang penting adalah mesej dan maklumat yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kita semua bijak untuk menilainya

RAS ADIBA RADZI

Ditanya mengenai Bernama termasuk Bernama TV menyebut ‘Iangsung’ mengenai program itu di laman sosialnya, Ras Adiba yang merupakan Ahli Dewan Negara berkata, ia merujuk kepada waktu program itu bersiaran, dan bukannya ia disiarkan secara langsung.

“Perkataan ‘langsvng’ itu mervjuk kepada waktu r4kaman program itu sedang on air atau sedang ke udara menerusi platform digital pada ketika ia bersiaran di saluran Bernama TV, bersama yang lain di RTM dan TV3. Kita tak sebut ‘siaran langsung’ ketika program itu ke udara,” jelas beliau.


Pengumuman yang dibuat menerusi laman sosial Bernama.

Menerusi semakan, RTM dan Bernama tidak menyebut ‘Iangsung’ pada poster program tersebut, kecuali TV3 yang menyatakannya sebagai ‘siaran langsung’.

Dalam pada itu, Ras Adiba berkata, apa yang lebih penting adalah mesej yang ingin disampaikan oleh perdana menteri kepada masyarakat menerusi program berkenaan.

“Bagi saya, apa yang penting adalah mesej dan maklumat yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kita semua bijak untuk menilainya.

“Fokus kita adalah sama-sama bersatu-padu dengan memainkan peranan masing-masing dalam keadaan semasa C0vid-19 yang memb1mbangkan, kas1han dengan frontliners… kita semua kena sama-sama jaga diri,” kata beliau sambil menasihat masyarakat untuk terus mematuhi pr0sedur 0perasi standard (S0P) bagi membendvng penvlaran w4bak.

Ras Adiba Radzi.

Menerusi wawancara yang berIangsung selama sejam itu, antara kupasan yang disampaikan adalah mengenai situasi semasa jangk1tan C0vid-19 di negara ini, S0P, pemberian v4ksin C0vid-19 dan pemulihan aktiviti ekonomi negara ketika p4ndemik.

 

Sumber: mStar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf