“Jangan Ketawakan Kemiskinan Orang YB” – Kerana Persendakan Kerata Buruk, YB Tampil Mohon Maaf.

Setiap manusia di muka bumi ini mempunyai rezeki masing-masing yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Sebagai manusia, kita tidak seharusnya membanding-bandingkan rezeki kita dengan orang lain. Malah kita patut bersyukur dengan apa yang kita miliki.

Namun lain pula ceritanya apabila Ahli Parlimen lembah Pantai, YB Fahmi Fadzil mendapat kecaman dari warganet gara-gara tweet nya yang mempersendakan keadaan sebuah kereta yang usang.

Macam kereta perang

Setelah tweet itu dimuat naik, pelbagai reaksi yang ditinggalkan oleh warganet yang rata-rata meminta agar YB Fahmi lebih berhati-hati dengan setiap tutur kata dan tidak memandang rendah terhadap orang lain. Hal ini kerana, kita tidak tahu apa sebenarnya yang dihadapi oleh pemilik kereta itu.

Ada juga diantara mereka yang meminta agar tweet tersebut dipadam kerana ia merupakan satu perkara sensitif  yang tidak boleh dibuat gurauan.

‘Tolong jangan mentertawakan kemiskinan orang lain’

 

Salah seorang pengguna Twitter, turut meninggalkan komen dengan memaklumkan bahawa kereta usang yang dikatakan oleh YB Fahmi itu adalah milik rakannya yang bekerja sebagai ‘grab food driver’ dan sedang menjaga ibu bapanya.

Kami tahu gaji YB sangat tinggi, tetapi tolong jangan mentertawakan kemiskinan orang lain.

‘Seharusnya saya lebih sensitif’

Walau bagaimanapun, ekoran daripada kecaman yang diterima, YB Fahmi telah memadam tweet tersebut dan tampil memohon maaf atas keterlanjuran kata-katanya yang tidak menjaga sensitiviti sesetengah pihak.

Petang tadi saya telah tulis satu tweet mengenai keadaan sebuah kereta yg saya temui.

Setelah meneliti maklumbalas dan komen-komen warganet, dan setelah muhasabah dan berfikir panjang, saya akui tweet tersebut tidak patut saya tulis dan ingin memohon maaf. Seharusnya saya lebih sensitif.

Namun, ada juga yang berpendapat adalah lebih elok jika YB Fahmi memohon maaf secara peribadi dengan pemilik kereta berkenaan.

Sumber: Malaysia GazetteYB Fahmi Fadzil

error: Content is protected !!