“Jangan Sesekali Tanya Orang Berkahwin Bila Nak Dapat Anak”- Amaran Anzalna Pada Makcik Pakcik Bawang

Hiburan

Pelakon Anzalna Nasir memberikan ‘amaran’ supaya orang ramai tidak bertanyakan mengenai perihal anak kepada pasangan yang sudah berkahwin.

Menurut Anzalna, bukanlah tugas manusia untuk mengatur atau mempersoalkan kehidupan pasangan berkahwin yang lain.

Tambah bintang drama bersiri Memori Cinta Suraya ini, sepatutnya semua pihak perlu menghormati perasaan pasangan berkahwin dan hanya mendoakan yang terbaik.

“Never ever question a married couple about having a baby. Some people do family planning and some dont. We never know.

“ It is not our job to question others marriage life. We must respect people’s feelings. Just doa and wish them all the best.

“Anzalna doakan semua pasangan di luar sana dikurniakan cahaya mata. Yang penting kita berusaha, berdoa dan tawakal.

“Bukanlah kerja manusia untuk menentukan kehidupan kita. Ini semua rezeki dari Allah. Paling penting kita bahagia,” tulisnya.

Anzalna yang kini hamil dalam trimester ketiga berkongsi luahan perasaan tersebut di akaun Instagram miliknya.

Rata-rata pengikutnya bersetuju dengan pendapat Anzalna dan berharap lebih ramai memahaminya.

Anzalna mendirikan rumah tangga dengan Hanif Zaki pada 21 Februari 2016.

sumber : Astro gempak