“Jap Peluang Kedua, Nak Muntahnye..”- Jawapan Ariff Aziz Bila Di Tanya Tentang Rujuk..

Hiburan

Hanya sembilan bulan bersama sebagai suami isteri, penerbit drama Datuk A. Aida, 49, dengan pelakon Ariff Aziz, 30, disahkan sudah bercerai pada 25 April lalu. A. Aida yang mengumumkan perceraian itu dalam sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur, dua hari lalu berkata, perceraian kali keempatnya itu berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah, Gombak Timur, Selangor.

Katanya,perpisahan adalah jalan terbaik buat dia dan Ariff selepas tiada lagi persefahaman antara mereka. Dalam sebuah portal hiburan baru-baru ini, A. Aida dikatakan tidak akan lagi memberi peluang kedua buat bekas suaminya, Ariff.

Ariff dalam ruangan Intagram Story miliknya hari ini telah memuat naik satu video dan gambar seakan menidakkan dirinya untuk merujuk kembali hubungan perkahwinan mereka.

Jika diimbas kembali soalan wartawan sewaktu bertanyakan 10 soalan panas kepada A. Aida, antara soalan itu adalah sekiranya Ariff ingin rujuk kembali, adakah A. Aida akan memberikan peluang kedua?

” Tidak… Tak ada peluang kedua”, jawab A. Aida

Adakah status yang dimuat naik Ariff itu merujuk kepada kata-kata A. Aida yang lantas menjawab tidak ada peluang kedua sekiranya Ariff mahu rujuk kembali?

Sekiranya ya, maka ternyata reaksi balas Ariff itu merujuk kepada kata-kata A.Aida tersebut.

A. Aida dan Ariff berkahwin pada 21 Julai 2018 di sebuah hotel di Subang Jaya selepas tiga bulan menjalinkan hubungan cinta. Pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata dan ia perkahwinan keempat bagi produser tersebut – MHE TV