Jarang Berlaku, Agensi ini Hanya Menerima Model Berusia 45 tahun Ke Atas. Hasil Fotonya Sangat Indah,

Hiburan

Masyarakat kini kebanyakannya percaya bahawasanya wanita mempunyai ‘tarikh luput’, di mana kecantikan golongan yang lebih berusia sering kali dipandang enteng. Hanya kerana faktor usia, kecantikan seseorang dilihat berkurangan dan semakin pudar. Namun, sebenarnya, kecantikan itu bersifat subjektif dan merentasi usia.

Oleh kerana enggan kelihatan dimamah usia, majoriti bintang Hollywood akan sibuk menjalankan pembedahan plastik, membuang kedutan, suntikan botox dan vitamin C serta pelbagai lagi. Namun, sebuah agensi permodelan di Russia memutuskan untuk menghargai keindahan penuaan dalam satu siri imej yang menarik.

Agensi yang bernama Oldushka ini mewakilkan model berusia dalam lingkungan 45 tahun ke atas, dan ada sehingga 85 tahun! Sementara industri fesyen dunia sedang berusaha untuk menonjolkan kepelbagaian model – saiz dan etnik, aspek umur juga merupakan satu ‘halangan’ yang perlu dihapuskan.

Agensi tersebut ditubuhkan oleh seorang jurugambar, Igor Gavar, di mana beliau melaksanakan projek untuk merakamkan gaya modelnya ke blognya, yang juga bernama Oldushka. Kebanyakan modelnya berumur lebih 60 tahun, dan hanya terdapat dua orang sahaja model lelaki, iaitu Sergey, 45 tahun dan Viktor, 73 tahun.

Model-model berusia Oldushka ini menerima banyak tawaran kerja, dengan muncul di katalog-katalog dan juga kempen pengiklanan. Adakah usaha ini akan memberi ilham dan menjadi ikutan kepada negara lain untuk turut sama menghargai penuaan? Kita tunggu dan lihat sahaja…….

Berikut merupakan beberapa gambar model berkenaan:

#1. Tatjana Nekliudova, 61 tahun

#2. Tatjana Nekliudova, 61 tahun

#3. Irina Belisheva, 70 tahun

#4. Valentina Yasen, 62 tahun

#5. Sergey Arctica (45 tahun) And Valentina Yasen (62 tahun)

#6. Tatjana Nekliudova, 61 tahun

#7. Victor Sosnovtsev, 73 tahun

#8. Sergey Arctica, 45 tahun

#9. Tatjana Nekliudova, 61 tahun

#10. Valentina Yasen, 62 tahun

 

#11. Tatjana Nekliudova, 61 tahun

#12. Olga Kondrasheva, 72 tahun

#13. Nina Ivanovna, 75 tahun

#14. Valentina Yasen, 62 tahun

#15. Ivan Petkov, 53 tahun

Sumber: Oldushkaoldushkamodels|Instagram via Era Baru