Jemaah Terbuang Passport, Terharu Kegigihan Petugas Tabung Haji Mencari Dalam Timbunan Sampah.

Musim haji sudah merupakan acara tahunan bagi Petugas-petugas Tabung Haji menguruskan rakyat Malaysia yang akan berangkat menunaikan haji bagi menyempurnakan rukun islan ke lima ini.

Tidak dinafikan pelbagai kisah dan ragam dapat di kongsikan namun, baru-baru ini tular di media sosial  seorang petugas Tabung Haji Travel (THT), sedang bertungkus lumus mencari passport salah seorang jemaah haji di dalam timbunan plastik sampah.

Passport Terbuang dalam tong sampah…

Keadaan menjadi kecoh apabila salah seorang jemaah haji memaklumkan beliau telah terbuang passportnya ke dalam tong sampah, kejadian itu mengakibatkan penerbangan terpaksa ditunda kerana dokumen penumpang tidak lengkap.

Dapat diperhatikan di dalam video tersebut, beberapa petugas THT memunggah kesemua tong sampah bagi mencari semula passport jemaah tersebut.

Syukur Alhamdulillah, jumpa…

Alhamdulillah, dengan izin Allah passport yang hilang itu berjaya ditemui oleh salah seorang petugas di dalam timbunan sampah yang telah mereka kumpulkan.

 

Kesabaran senjata buat petugas THT

Melihatkan kesungguhan para petugas THT, rata-rata netizen menzahirkan rasa terharu di atas kesabaran mereka yang tidak kisah mengorek sampah demi mendapatkan semula passport jemaah yang hilang itu.

Jasa Korang Memang Hebat

Terima kasih petugas THT

Semoga kejadian ini menjadi satu iktibar buat para jemaah haji agar lebih berhati-hati, dan memeriksa segala dokumen penting yang diperlukan. Tahniah juga diucapkan kepada petugas THT, semoga usaha kalian mendapat rahmatNya.

Sumber : Penangkini

error: Content is protected !!