“Jika ada yang merasakan itu saya, enjoy it..”- Foto B0geI Tersebar, Faizal Tahir Menjawab.

Hiburan

 

“Kalau ini percubaan untuk orang mengacau rumah tangga saya, saya doakan yang baik-baik untuk dia,” kata penyanyi, komposer dan penerbit Faizal Tahir mengenai foto b0gel miripnya yang tersebar di laman sosial baru-baru ini.

Tidak mengesahkan atau menafikan perkara terbabit, Faizal lebih selesa membiarkan wargamaya membuat spekulasi sendiri mengenai isu foto bogel terbabit.

“Saya rasa saya tak perlu jawab apa-apa kerana apa yang penting, isteri saya dan Allah sahaja yang tahu mengenai perkara ini.

“Biar netizen menilai sendiri. Terpulang kalau orang kata ia saya, tak ada apa yang perlu saya sorokkan,” katanya.

Faizal ditemui di majlis pelancaran album terakhirnya yang berjudul Rojak di pejabat Warna Music Malaysia, Menara TSR, Mutiara Damansara sebentar tadi.

Di usia sekarang, Faizal merasakan lebih banyak perkara baik yang boleh dikongsikan di internet berbanding foto sedemikian.

“Saya dah berusia 41 tahun, banyak lagi perkara baik yang boleh saya kongsi.

“Apa yang penting, foto itu bukan disebarkan oleh saya. Jika ada yang merasakan itu saya, enjoy it,” selorohnya.

 

sumber : Astro Gempak