Jika Kes Kekal 2 Digit-1 Digit , Kita Sudah Bersedia Laksana ”Exit Strategy” – Dr Noor Hisham

Santai Semasa

Sekiranya kes C0vid-19 di negara ini kekal mencapai angka dua digit, kita sudah bersedia melakukan ”exit strategy”, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah seperti memetik kenyataan daripada KKM.

Jelas beliau, apabila lebih banyak sektor ekonomi dibuka kelak tetapi tiada peningkatan kes baharu dalam kalangan rakyat iaitu kes kekal di angka satu atau dua digit, maka negara sudah bersedia untuk melaksanakan ”exit strategy”.

Namun, kebimbangan KKM kini adalah mengenai kepatuhan pekerja asing kepada SOP bagi mengelakkan jangkitan daripada terus menular.

 

Tambah Dr Noor Hisham, jika kedua-duanya bergerak seiring iaitu kepatuhan rakyat Malaysia dan pekerja asing kepada SOP yang ditetapkan oleh kerajaan, nescaya rantaian C0vid-19 dapat diputuskan sekaligus menamatkan jangkitan wabak tersebut di negara ini.

Penjarakan sosial adalah cara terbaik

Penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter dpt mengurangkan risiko penularan jangkitan C0vid-19 & jika penjarakan melebihi drp 1 meter adalah lebih baik. Pemakaian mask dpt mengurangkan 60% drp risiko & pemakaian pelindung mata juga dpt mengurangkan risiko jangkitan C0vid-19.

Image

 

Sumber: KKM Putrajaya, Siakap Keli