(Video) Kaki tak sampai, ada hati nak ‘wheelie’ lagi tu.. Polis dah ambil tindakan

Sejak pagi tadi, tular di media sosial berkenaan satu video memaparkan seorang kanak-kanak lelaki menunggang motosikal yang dirakam oleh seorang individu.

Video yang  berdurasi 18 saat tersebut kelihatan budak dipercayai berusia 10 tahun itu sedang menunggang motosikal Honda EX-5 berwarna hitam, malah cuba untuk melakukan ‘wheelie’.

“Ni kalau jatvh aku biar je”

Hal tersebut menjadi perdebatan warganet kerana bimbang akan tind4kan budak terbabit yang belum mencapai ketinggian untuk menunggang motosikal selain tidak memakai topi keledar.

Dia ingat main basikal ke?

Kalau adik aku, aku tibai jeee!

Dah serah diri ke balai polis

Walau bagaimanapun menerusi laporan Harian Metro, budak berkenaan sudah menyerah diri bersama bapanya yang berumur lingkungan 50-an di  Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu hari ini.

Video diambil semalam & tular

Memetik kenyataan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, video tersebut telah dirakam di satu simpang tiga dan mendapati kejadian itu berlaku di Kampung Paya Chegar, Jitra semalam.

“Hasil siasatan lanjut mendapati, rakaman video itu berlaku di Kampung Paya Chegar, Jitra pada 6 petang 8 November (semalam),” katanya.

“Dalam video itu, kelihatan kanak-kanak terbabit berada di satu simpang tiga dan menunggang motosikal keluar dari simpang sehingga tamat video berkenaan.

Mohd Ismail berkata, tind4kan akan diambil berdasarkan kesalahan lalu lintas iaitu menunggang motosikal di bawah umur, cukai jalan tamat tempoh dan tiada perlindungan insuran.

Katanya, selain itu kanak-kanak lelaki terbabit juga didapati tidak memakai topi keledar.

Dah diambil tind4kan

Tind4kan juga akan diambil terhadap warisnya mengikut S3ksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987 kerana membenarkan pemandu bawah umur memandu kenderaan bermotor.

“Kanak-kanak lelaki itu kemudian dibebaskan selepas dikenakan tind4kan s4man atas kes4lahannya,” tambah Mohd Ismail.

Susulan daripada itu, pihak polis menasihatkan kepada ibu bapa supaya memberi perhatian kepada anak-anak terutama dalam aspek keselamatan lalu lintas supaya kejadian tidak diingini dapat dielakkan.

Terdahulu, portal berita Harian Metro melaporkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah mengenal pasti pemilik motosikal yang ditunggang seorang kanak-kanak lelaki yang ditular di laman sosial sejak semalam.

Berikutan itu, JPJ Kedah akan mengambil tind4kan susulan sejurus menerima laporan lanjut berhubung kes itu.

 

Sumber:  Twitter, Harian Metro (Zuliaty Zulkiffli), OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.