(Video) Sed1h Bila Lori J&T Tak Penuh, Mampukah Kurier Ini Dapat Balik Kepercayaan Pengguna?

Minggu lepas heb0h satu Malaysia apabila viral satu video memaparkan pekerja  syarikat perkhidmatan penghantaran barang mog0k serta memb4ling parcel pembelian secara online di tempat pengumpulan syarikat tersebut.

Bagaimanapun, pekerja-pekerja terlibat sudah pun memohon maaf dan difahamkan tindakan itu berlaku berpunca daripada peningkatan beban kerja dan pemberian bonus.

Selepas kejadian itu, seorang pengguna TikTok yang juga pekerja JnT berkongsikan keadaan sekarang dimana barangan yang dihantar oleh pelanggan sudah berkurang.

Menurutnya, jika sebelum ini dia menghantar 100 hingga 150 barangan sehari sehingga penuh satu lori, kini hanya 20 hingga 30 barangan sahaja. Pemuda itu turut meminta mendoakan untuk JnT Ekspress dan keadaan akan pulih seperti sediakala.

https://www.tiktok.com/@wbas_photography/video/6929123954036624642?_d=secCgYIASAHKAESMgowlhAV9iO6Tq69BZGct7KlbSK0sFn70RNkF%2FxApQ0Ppr36YAGKQ2jta7h3FGQqAEfHGgA%3D&language=en&mid=6885036845902826241&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAASBOrogRHKobe4fTO4f8XOBxjJDmi3zDwf7a7Nd6oSA-0byOu4i28uDLBQkX6Rkm3&share_item_id=6929123954036624642&share_link_id=B634D276-8456-4877-8AAD-BC70F06F3B7E&timestamp=1613368469&tt_from=copy&u_code=dbhd8kkac3e06j&user_id=6810285929552724994&utm_campaign=client_share&utm_medium=ios&utm_source=copy&source=h5_t&is_copy_url=1&is_from_webapp=v2

 

Melihatkan situasi tersebut, mampukah syarikat kurier berkenaan dapat mengembalikan kepercayaan pengguna?

Diruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut dan mengatakan patutlah barangan mereka cepat sahaja sampai, rupanya JnT sudah kurang pelanggan.

Bagaimanapun, ramai yang meluahkan rasa kaslhan disebabkan beberapa orang pekerja terlibat dengan kejadian itu, ramai penghantar lain menjadi mngsa.

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan mereka tidak lagi percaya dengan JnT berikutan kejadian yang berlaku dan lebih sanggup menggunakan kurier lain meskipun barangan akan lambat tiba tetapi selamat.

Patut la barang laju je sampai, rupanya J&T takde barang dah

Kami taknak r0sakkan rezeki anda, tapi J&T r0sakkan barang kami..

Apa pun diharap keadaan akan kembali pulih seperti biasa kerana pasti ramai penghantar yang terkesan lebih-lebih lagi dalam situasi pandemlk ini.

 

Sumber: TikTok, Gulapop

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf