“Saya tiada pilihan.. Lelong TV untuk beli beras..”

BALING – Akibat kesempitan hidup, seorang penduduk di Kampung Teluk Teduri di sini berhasrat untuk menjual sebuah te­levisyen terpakai miliknya bagi mendapatkan wang membeli barangan dapur.

Mohd. Nasir Din, 38, berkata, dia bercadang menjual bara­ngan elektronik jenama Sharp berukuran 29 inci yang diberikan oleh kakaknya itu dengan harga RM100.

Lelong tv untuk beli beras - Suara Perak

“Saya tidak mempunyai pilihan untuk mendapatkan duit kecuali dengan menjual televisyen ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Menurut Mohd. Nasir, dia tinggal bersama isterinya, Suhaida Mohd. Ghazali, 33, yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) masalah pertuturan.

Pasangan itu belum dikurniakan cahaya mata.

“Saya kehilangan sumber pendapatan kerana tidak lagi bekerja di bengkel besi selepas pergela­ngan tangan kiri patah akibat terjatuh semasa memasang bumbung di sebuah rumah di daerah ini kira-kira dua bulan lalu.

“Saya dan isteri pernah tidak makan nasi selama kira-kira seminggu kerana tidak mempunyai wang untuk membeli beras sementara menanti isteri yang be­kerja di kilang mendapat gaji pada hujung bulan,” katanya.

Selain itu, Mohd. Nasir memberitahu, dia juga perlu mencari wang sebanyak RM2,600 yang akan digunakan untuk memasang besi pada pergelangan ta­ngan kirinya yang patah itu dalam masa terdekat ini.

Pada masa sama, Mohd. Nasir berkata, dia turut membantu isterinya menjual kerepek dan ikan pekasam yang diambil daripada rakan-rakan bagi menjana pendapatan tambahan.

“Isteri saya menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM400 sebulan,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu pasangan itu boleh meng­hubungi mereka di talian 010-8018 540. – Kosmo

 

Sumber: K! ONLINE

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf