“Kadang-kadang Seperti Tidak Profesional Saya Ni..”- Nadiyah Shahab Sukar Berlakon Dengan Zizan Razak

Lawak & Seram

Pelakon Nadiyah Shahab mengakui pengalaman berlakon bersama aktor Zizan Razak merupakan sesuatu perkara yang sukar dilupakan bagi dirinya.

Menurut Nadiyah, perwatakan Zizan yang kelakar dan sering menukar dialog pada saat akhir membuatkan dia perlu peka ketika menjayakan babak bersama-sama dalam telefilem Saya Jual Ye Bang.

“Selain suka menukar dialog pada saat akhir, sikap lawak yang ada pada Zizan membuatkan saya hendak ketawa sepanjang penggambaran diantara babak kami berdua.

“Kadang-kadang terasa seperti tidak profesional saya ini kerana selalu ketawa sahaja.

“Namun saya tahu itulah cabaran yang harus saya atasi dan perkara itu banyak memberi ilmu kepada saya dalam bidang lakonan,” katanya kepada Gempak.

Nadiyah berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media telefilem terbitan Astro First Eksklusif, Saya Jual Ye Bang, di GSC Signature Gardens, Petaling Jaya, baru-baru ini.

 

Selain Nadiyah, telefilem Saya Jual Ye Bang turut menampilkan Uqasha Senrose, Zizan Razak, Idris Khan dan Datuk AC Mizal.