Kerajaan Setuju Kaji Saranan Pengeluaran Akaun 1 – Muhyiddin

Semasa Tempatan

PUTRAJAYA, 4 Nov — Kerajaan sedang mengkaji saranan untuk membenarkan pencarum tertentu mengeluarkan dana daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tegasnya, sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab, Muhyiddin akui perlu diimbangi keperluan jangka pendek individu yang terjejas dengan masa hadapan jangka panjang dan keperluan simpanan persaraan.

Ini Sebenarnya Fungsi Akaun 1 Dan Akaun 2 KWSP Yang Ramai Keliru

“Saya telah berbincang dengan Kementerian Kewangan Kita pada dasarnya bersetuju dan bersedia untuk mengkaji cadangan bagaimana kita dapat membantu rakyat yang menghadapi kesusahan dan mereka yang benar-benar memerlukan.
“Sama ada mereka ini boleh kita benarkan untuk keluar peruntukan dari Akaun 1 – yang biasanya kita tahu ia adalah untuk jangka masa panjang apabila umur mereka sudah tua atau apabila tidak ada duit..”

“Jadi reaksi awal kita adalah seboleh mungkin, jangan sentuh wang itu.”

“Ya, mereka menghadapi keadaan yang amat susah, sebab itu belanjawan nanti kalau ditunggu mungkin ada pemberian dan bantuan yang kerajaan sampaikan.

“Kalau itu dianggap memadai, tidak perlu keluarkan wang yang telah disimpan (akaun 1 KWSP) itu,”

“Kumpulan tersasar ini akan difikirkan… tunggulah pengumuman yang akan dibuat Menteri Kewangan nanti,” katanya pada Wawancara Perdana Menteri, di sini, hari ini.katanya pada sesi Wawancara Khas Pra-Belanjawan 2021 bersama media secara maya hari ini.

Belanjawan 2021: Apa rakyat harapkan?<

Belanjawan yang akan dibentangkan pada 6 Nov itu merupakan yang pertama di bawah pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional.

Jelasnya, Kerajaan sudah melaksanakan kelonggaran berhubung KWSP, khususnya membenarkan caruman pekerja dikurangkan daripada 11 peratus kepada 7 peratus dan juga i-Lestari yang membenarkan pengeluaran daripada Akaun 2 sebanyak RM6,000 seorang.

“Hampir 70 peratus daripada ahli KWSP memilih untuk mengurangkan caruman pekerja 11 peratus ke 7 peratus yang kini menyumbang kepada meningkatkan pendapatan boleh guna (disposable income) sebanyak hampir RM700 juta sebulan.

“Pada masa yang sama, lebih daripada 30 peratus ahli KWSP mempunyai simpanan KWSP kurang daripada RM5,000 dan dengan itu, simpanan KWSP tidak semestinya dapat menangani masalah aliran tunai pencarum KWSP,” katanya.

Sukar keluar caruman akaun 1 KWSP demi covid19

Setuju Kaji Pengeluaran Akaun 1 – Muhyiddin | Sabah Post

Sebelum ini, Perdana Menteri menyatakan sukar bagi kerajaan membenarkan pengeluaran wang akaun 1 caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi digunakan rakyat yang berdepan wabak COVID-19, kata Perdana Menteri.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau menyedari ada cadangan yang dibuat bagi pengeluaran wang akaun 1 KWSP dibuat berikutan rakyat terbeban dengan impak ekonomi akibat penularan berkenaan.

“Saya nak beritahu sukar untuk kita menimbangkan perkara berkenaan (benarkan pengeluaran wang akaun 1 KWSP), bukan kerana kerajaan tidak mahu.

“Memang ramai yang teks saya berkata ‘tolonglah Tan Sri, kami susah.’ Sekarang pun tanpa mengeluarkan simpanan itu, kita sudah menyediakan berbilion ringgit bagi membantu rakyat.

“Jika kerajaan benarkan perkara itu dilaksanakan dengan mengeluarkan segala simpanan KWSP yang masih berbaki, saudara akan hadapi masalah lebih besar pada masa hadapan,” katanya.

 

Sumber: Bernama, Astro Awani

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.