“Kak Nah Ada Lesen Tak?”- Kantoi Niaga Tak Ada Lesen, Respon Annuar Musa Pada Makcik Ini Memang Tak Di Sangka.

Santai Semasa Tempatan

Umum mengetahui Tan Sri Annuar Musa merupakan Menteri Wilayah Persekutuan yang baharu di bawah kepimpinan baru perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Memegang jawatan sebagai menteri yang begitu dekat dengan penjaja, peniaga dan usawahan kecil di ibu kota, Annuar Musa dilihat sering mengambil pendekatan menyantuni golongan tersebut.

Apatah lagi dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai golongan peniaga kecil yang terputus punca pendapatan, justeru ramai memerlukan perhatian pihak kerajaan.

Terbaru dalam satu hantaran di Twitter, Annuar Musa berkongsi aktiviti beliau menjengah peniaga kecil di tepi jalan sekitar Damansara.

Ada lesen kak?…tak ada!

Image

Berpakaian santai dengan berbaju ’round neck’, bertopi dan berkasut sukan, pasti orang ramai sukar untuk mengenali individu terbabit adalah seorang menteri.

”Sambil merayau ternampak MINI FOODTRUCK KAK NAH..singgah borak..Tanya berapa lama dah niaga, katanya dah lama..

”Ada lesen kak?…tak Ada!!..ha ha..teruskan berniaga kak Nah. Semoga terus maju Cari rezeki…lesen boleh Di URUS nanti..” tulis Annuar Musa.

‘Tweet’ Annuar Musa itu telah tular dan mendapat reaksi positif dari orang ramai meskipun mengetahui berniaga di tepi jalan adalah satu kesalahan apatah lagi tanpa lesen.

Malah ramai yang terharu kerana tindakan menteri wilayah itu memberi peluang kepada pemilik ‘food truck’ Che Nah Nasi Dagang untuk terus berniaga membuat lesen di kemudian hari.

Komen warganet

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata memuji tindakan Annuar Musa yang disifatkan memahami keadaan peniaga kecil-kecilan.

” Memang terbaek kan ada Menteri macam ni. Tak payahlah ada gomen nak issue permit lesen bagai. Sbb nak bantu kannnnnnn? Makcik pun cakap terang terang dia dah berniaga dahhhhh lamaaaaaaa, Menteri pun support lagi,” komen Siti

” Tolong permudahkan urusan buat lesen utk penjaja macam ni tan sri… banteras sama kedai2 warga asing yg still kebal lagi” komen Izhar

” Dear Tan Sri, Terima Kasih kerana lebih utamakan penjaja kecil, Saya sebagai bekas penjaja mendapati berurusan dengan DBKL adalah sukar dan lambat untuk mendapatkan lesen.,” komen Anep

Image

Rupanya ‘femes’ juga Che Nah Nasi Dagang ni..

Berdasarkan carian penulis, rupanya gerai Che Nah Nasi Dagang ini boleh tahan popularnya.

Bagi mereka yang tinggal di Taman Tun Dr Ismail, anda pasti akan biasa dengan ‘food truck’ mereka yang terletak di seberang McDonalds.

Malah mereka juga mempunyai cawangan ‘food truck’ lain di Plaza Damansara, Damansara Heights.

Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ‘food truck’ mereka tidak beroperasi.

Sebagai ganti, mereka telah memasak di rumah, di mana pelanggan tetap masih dapat memesan dan makanan kegemaran mereka akan dihantar terus ke rumah.

Lihat sahaja menu yang disiarkan di Instagram mereka dan pesan melalui WhatsApp. Anda boleh membayar melalui pemindahan dalam talian dan ia akan dihantar ke depan pintu rumah anda.

 

Sumber: Lawak Siot, Twitter Annuar Musa