“Kalau abang tak kerja siapa nak hantar makanan”- Ibu Sedih Teringat Kata-Kata Akhir Arwah.

Keluarga Semasa Tempatan

” Kalau abang tak kerja, siapa nak kerja hantar makanan? Orang tengah susah nak keluar waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kalau nak m4ti, kat rumah pun boleh m4ti.

Itu kata-kata terakhir pekerja syarikat perkhidmatan penghantaran makanan dalam talian, Muhammad Zaim Azman, 21, kepada ibunya, Mastura Saman, 52, sebelum terbabit dalam kmlangan di Persiaran Hamzah Alang, Taman Meru Impian menghala ke Meru, semalam.

Kmlangan jam 9.10 pagi itu mengorb4nkan Muhammad Zaim selepas motosikal ditunggang berlanggar dengan sebuah kereta dipandu wanita berusia 49 tahun.

Image may contain: one or more people and people sitting

Mastura berkata, kali terakhir dia bertemu anak ketiga dari enam beradik itu kira-kira sebulan lalu sebelum ke Setia Alam bagi menjaga menantunya yang baru bersalin.

” Arwh cakap perkara itu (siapa nak hantar makanan) pada saya dengan nada bersungguh-sungguh sebelum bertolak ke tempat kerja.

” Masa itu, saya tidak bercakap banyak pada arwh kerana takut ia menjadi doa.

” Apa yang sempat saya pesan padanya supaya berhati-hati ketika menunggang motosikal dan menggunakan alat perlindungan ketika berurusan dengan orang ramai,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Pasir Panjang, Sekinchan, hari ini.

Dapat panggilan arwh sudah tiada, dunia terasa gelap seketika

Menurutnya, dia mendapat panggilan berhubung kejadian itu jam 9.30 pagi daripada rakan sekerja Muhammad Zaim.

” Waktu saya mendapat perkhabaran itu, saya sangka arwh hanya ced3ra.

” Namun, apabila rakan memberitahu arwh sudah tiada, lutut terasa lemah dan dunia terasa gelap seketika.

” Allah panggil dia pulang buat selamanya dalam bulan Ramadan. Sebagai ibu, saya reda dengan ketentuan Ilahi walaupun sukar terima hakikat ini,” katanya yang menetap di Desa Mawar, Tanjong Karang.

 

Sementara itu, bapa Muhammad Zaim, Azman Jaafar, 57, berkata, arwh yang baru saja menyambut hari kelahiran pada 24 April lalu disifatkan sebagai seorang yang penyayang terhadap keluarga selain menjaga barang peribadinya terutama motosikal.

Image may contain: one or more people

” Arwh menjaga motosikal miliknya dengan cermat dan baik selain kerap menyelenggara berikutan dia sering berulang-alik menghantar makanan pelanggan.

” Kehilangan arwh amat dirasai kerana sifat peribadinya yang mendengar kata orang tua dan cepat menghulurkan bantuan sekiranya keluarga dalam kesusahan,” katanya.

Jnzah Muhammad Zaim selamat dikebvmikan di Tanah Perkubvran Islam Parit 9, Sekinchan, jam 6 petang semalam.

Dalam pada itu, tular di laman sosial Facebook (FB) gambar puluhan ‘rider’ penghantar makanan menziarahi rumah keluarga Muhammad Zaim dan menemani jnzahnya sehingga ke tanah perkvburan.

Menerusi status dimuat naik pengguna Facebook, dia menasihatkan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan penghantaran supaya tidak berkira dengan caj yang dikenakan dan menganggap ia sebagai sedekah kepada ‘rider’.

Rata-rata netizen melahirkan rasa simpati terhadap kejadian yang menimpa Allahyarham dan mendoakan supaya rohnya ditempatkan bersama orang beriman.

sumber : ohbulan