“Kalau handsome pun takde orang nak” – Sinis di IG Live, Betulkah Remy Ishak Bukan Lagi Tunangan Orang?

Hiburan

Tanggal 1 Mei ini, genap dua tahun pelakon Remy Ishak mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihan hatinya, Roszaliza Yusof.

Namun baru-baru ini, pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu memberi bayangan seolah-olah statusnya sudah kembali solo tanpa menyulam perhubungan cinta.

Menerusi satu sesi Instagram Live, pelakon berusia 36 tahun itu mengakui masih bujang apabila salah seorang peminat menasihati dirinya agar tidak menjamah makanan dengan kuantiti yang banyak.

Pertanyaan tersebut dibalas oleh Remy dengan mengatakan tiada masalah sekiranya berat badan bertambah kerana tiada siapa mahukan dirinya lagi.

Video Abang Okey je gemuk

“Takpe dik, takde orang nak kat abang dah. So abang okay je, gemuk ke macam mana. Kalau handsome2 pun takde orang nak, so kita gemuk pun takpe la.

“Single kan macam ni la. Jual diri, promote diri nampak..” katanya.

Walau bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang kenyataan rasmi mengenai status perhubungan mereka untuk diberitahu kepada peminat dan netizen.

Remy atau nama sebenarnya, Mohamad Zalimei Ishak dan wanita tersebut yang juga merupakan seorang pengasas produk kecantikan mengikat tali pertunangan pada Mei 2017.

Cantik orangnya

Untuk makluman, Tunang Remy , Ezza Yusof merupakan pemilik perniagaan kasut wanita dan kasut pengantin iaitu @2morrowbridestory serta @2tomorrowmy.

Ezza mempunyai dua anak angkat bernama Dania dan Damia. BFF kepada aktres cantik, Nad Zainal. Seorang yang sangat menggemari fesyen dan selalu memuat naik gambar trend pemakaian terkini serta design kasut/heels di Instagram miliknya.

Merupakan Pengarah Urusan Roistz Labels. Mula menggenakan hijab pada Februari 2017 lalu.

 

Sumber : Instagram Remy Ishak /  Memorikini