“Kalau Malam Tadi Konsert Akhir, Bonda Pulang Ke Indonesia Tidak Tenang” – Hetty Koes Endang

Juri tetap Gegar Vaganza 2019 (GV2019) Hetty Koes Endang mengakui belum puas dengan prestasi kesemua bintang GV2019 pada konsert kelapan yang berlangsung malam tadi.

Menurut Hetty, 62, walaupun dia memberikan kritikan yang pedas pada beberapa bintang, dia masih mahu memberikan peluang pada bintang-bintang ini untuk memperbaiki diri.

“Saya sebagai juri kalau malam tadi konsert akhir, saya pulang ke Indonesia dalam keadaan tidak puas. Saya tidak tenang dan tidur saya pun tidak akan nyenyak. Tapi mujur Astro masih berikan peluang.

“Pada saya, setiap minggu bintang-bintang ini menunjukkan peningkatan. Dari segi suara, mereka semua sudah bagus tetapi kreativiti perlu diasah lagi,” katanya kepada Gempak.

Hetty ditemui selepas konsert minggu kelapan GV2019 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.

Tambah Hetty lagi, dia menyeru agar kesemua bintang memberi penekanan kepada kekuatan mental.

 

“Pesan saya, mental harus kuat! Setiap minggu pasti mereka semua berdepan dengan tekanan. Itu yang paling penting untuk mengharungi beberapa minggu lagi menjelang konsert akhir,” ujarnya lagi.

Jangan lupa saksikan konsert kesembilan GV2019 pada hari Ahad ini pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

sumber : gempak

error: Content is protected !!