Kalau Sebelum Ini Berahsia, Kini Mona Allen & Pekin Ibrahim Mula Kongsi Gambar Bersama

Kalau Sebelum Ini Berahsia, Kini Mona Allen & Pekin Ibrahim Mula Kongsi Gambar Bersama

Hiburan
Kalau sebelum ini, Mona Allen dan Pekin Ibrahim begitu berahsia tentang pernikahan mereka sehingga tiada gambar berdua dikongsi, kini mereka lebih terbuka.

Perkahwinan mereka berdua agak eksklusif sehingga tidak ramai yang mengetahuinya.

Terbaru, mereka mula berkongsi beberapa keping gambar di Instagram masing-masing.

Walaupun pernikahan mereka sudah lebih sebulan berlalu, kami di Gempak tetap ingin mengucapkan selamat pengantin baru, semoga berbahagia ke Jannah.

Kredit Gambar: Instagram @mona.allen & @pekin7words