Blogger dan Instafamous Cik Epal dikatakan bakal saman beberapa pengguna media sosial gara-gara meninggalkan komen berbaur fitnah terhadapnya.
Usahawan ini menerusi Instagram menegaskan akan mengadakan sesi live berhubung isu terbabit.
“Buat wartawan dan media di luar sana, follow rapat instagram aku.Kami bakal melakar sejarah di Malaysia 🇲🇾 dengan menyaman mulut puaka di twitter.
“Yang menarik nya bukan sahaja makcik bawang kami saman, pakcik bawang pon kami heret sekali ke kandang.
“Tak sabariah nya nak buat LIVE nak umum individu-individu di twitter yang bakal kami saman. Korang nak kitorang buat LIVE bila?
Yang benar,
Jo Sang Pil & Epaliah Samaniah bergabung meletop boom.”
Buat wartawan dan media di luar sana, follow rapat instagram aku.Kami bakal melakar sejarah di Malaysia 🇲🇾 dengan…
Posted by Cik Epal on Thursday, 27 June 2019
Menerusi Insta Stories pula, wanita ini juga menjawab beberapa persoalan netizen berhubung kes saman yang bakal dibuka tidak lama lagi.
Terdahulu, dia juga telah menerima permohonan maaf secara terbuka daripada beberapa individu yang dikenalpasti menulis komen berbaur tuduhan dan fitnah di laman sosial.
Namun jelasnya, dia masih menanti permohonan maaf daripada beberapa nama.
“Aku masih menunggu video permohonan maaf secara terbuka daripada:
Adnilsam Apat/Adnil Sam (akak tudung hitam),
Lysa June- Hellysa Junaidi,
Nyna Nrzeeana,
dan mungkin list ni akan bertambah. Aku perhati je😎.
“Ikut aku memang aku nak terus saman je. Takde dah nak bagi chance.Tapi lawyer aku nasihatkan suruh depa buat video permohonan maaf dulu.
“Ok baik tuan lawyer.Lawyer aku je lah tahu betapa tinggi nya semangat juang aku melawan bawang rangers💪🏻.
“Yang benar,
Cik Epal 🍎 QUEEN of saman menyaman dan duta mahkamah.”
Aku masih menunggu video permohonan maaf secara terbuka daripada:Adnilsam Apat/Adnil Sam (akak tudung hitam),Lysa…
Posted by Cik Epal on Monday, 24 June 2019