“Kami Telah Berpindah Ke Rumah Baru” PU Abu, Hana Azraa Sambut AidilFitri Bersama Di Rumah Baru.

Hiburan

SAMBUTAN Syawal kali ini pasti berbeza buat Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan bersama pasangan baharunya, Hana Azraa atau nama sebenarnya Nurhannah Azra Mohd Zakir apabila meraikan sambutan Aidilfitri di sebagai pasangan suami isteri.

Lebih menggembirakan, PU Abu berkata dia kini sibuk dengan persiapan menghias kediaman baharu itu berbanding persiapan baju raya.

“Kami baharu sahaja berpindah ke rumah baru…. jadi baju raya tahun ini mungkin kurang.

“Duit banyak dibelanjakan untuk rumah dan keluarga kerana saya family first.

“Kami banyak fokus kepada persiapan mencantikkan rumah. Kami hias sama-sama, beli barang di Ikea… tetapi rumah kami biasa-biasa sahaja, katanya kepada mStar.

PU Abu sambut Syawal di rumah baharu.

Ketika ditanya tentang bekas isteri iaitu Ain Afini, yang kini sedang sarat hamil, PU Abu memberitahu dia tidak melupakan kelengkapan perayaan untuk wanita itu.

Dia sebaliknya menyediakan sejumlah wang buat perbelanjaan bekas isteri agar kebajikan tidak terabai.

“Semestinya saya tidak melupakan persiapan untuk bekas isteri juga. Saya sudah ada simpanan dan duit yang ditetapkan untuk Ain. Kebajikan dia takkan saya lupa. Anda boleh tanya Ain sendiri.

“Malah setiap hari saya mesej dan bertanya khabar, tanya check up baby macam mana.

“Hubungan saya dan Ain baik. Kami tiada dendam dan keluarga Ain juga reda dengan ketentuan ini. Apa yang saya boleh cakap, anda hanya dengar cerita dari pihak Ain dan saya ada cerita tersendiri,” katanya.

Dalam pada itu, PU Abu turut berkongsi kisah duka dimana tanggal 21 April menjadi titik hitam dalam hidup yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

“Sebenarnya tanggal 21 April merupakan tarikh yang sangat besar dan sedih yang berlaku dalam hidup saya dan akan saya ingat sampai bila-bila.

“Ia merupakan tarikh berita mengenai diri saya tular dan pada masa sama ia merupakan tarikh ibu tercinta saya dijemput ilahi iaitu pada 21 April 2016. Ia tarikh yang mengubah hidup saya.

“Apa yang saya telah belajar, jangan ada sifat pentingkan diri. Setiap perbuatan yang kita lakukan kita harus memikirkan orang lain juga,” katanya.

sumber: mstar via erakini