Kasi Sayang Seorang Bapa Abadikan Gambar Anak-Anak Dengan Sangat Indah Dan Buat Ramai Teruja

Keluarga Santai

Noriyuki Kajiwara, seorang bapa kepada dua orang anak yang sangat comel, telah merakam banyak gambar anak-anaknya yang sangat cantik.

Tidak kiralah di musim panas, sejuk, luruh mahupun bunga, subjek utama iaitu anaknya pasti menjadi pilihan. Dengan gambar-gambar yang minimal, Noriyuki ternyata telah berjaya merakam gambar-gambar anaknya dengan sangat memukau.

Setiap satu hasilnya begitu indah.

Pada permulaannya, Noriyuki hanya merakam gambar anak perempuannya. Tidak kiralah anaknya sedang duduk atau berdiri, setiap gambar yang dirakam olehnya pasti akan kelihatan sangat ‘hidup’ dan indah. Seolah-olah kanak-kanak itu sememangnya sedang menikmati kehidupannya.

Walaupun kebanyakan gambar yang dirakam hanya mengambil bahagian belakang anaknya sahaja, namun gambar-gambar ini berjaya mencungkil rasa yang bahagia yang dipaparkan oleh kanak-kanak itu. Noriyuki tidak memerlukan ekspresi wajah untuk menggambarkan rasa gembira, dia malahan boleh melakukannya tanpa paparan wajah sekalipun. Memang berbakat besar!

Keluarga ini sememangnya sudah cukup bahagia, tetapi dengan kelahiran seorang lagi anak lelaki, keluarga ini pastinya jauh lebih bahagia dan sempurna.

Kemunculan anak lelaki Noriyuki disamping anak perempuannya sememangnya adalah satu keindahan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Mereka saling melengkapi dan sangat comel!

Kadang-kala, anak-anak boleh mencipta sesuatu yang sangat lucu bagi orang dewasa, misalnya, aksi yang mencuit hati ini.

Kemudian, aksi ini menjadi aksi ‘tema’ bagi keluarga ini. Alahai, comel sungguh keluarga ini!

 

Tidak dapat dinafikan lagi, keluarga yang kecil tetapi sangat bahagia ini sememangnya telah berjaya mencuit hati ramai pengguna internet.

Sumber: Happy Propies via EraBaru & Instagram kaji_nori06