Kasih isteri buat arw4h suami, si isteri sanggup cium kaki berkali-kali pohon kemaafan

Sewaktu menguruskan jen4zah di bilik wakaf saya diberi peluang untuk melihat bagaimana setianya seorang isteri kepada suami… Si isteri berbisik sambil men4ngis teresak.esak menc1um berulang kali wajah arw4h suaminya…

Saya tidak memahami bahasa yang digunakan oleh si isteri sewaktu berbisik kepada arw4h… Ini kerana mengikut dari borang maklumat yang ditulis oleh si isteri adalah berasal dari Kampung Gelam Gelam, Semporna, Sabah.

Dari apa yang saya tahu si isteri berbicara dengan menggunakan bahasa atau dialek bajau Sabah. Selepas menc1um wajah arw4h suaminya si isteri beralih ke arah bahagian kaki. Saya sangkakan si isteri mahu memberi kebenaran kepada kami untuk menutup wajah arw4h suaminya..

Tetapi sangkaan saya meleset…

Rupanya si isteri menc1um kaki arw4h suaminya sambil berbisik sesuatu dan men4ngis. Sepanjang menguruskan beratus jen4zah baru pertama kali saya melihat situasi tersebut berlaku. Ketika itu saya yakin si isteri sedang meminta ampun dan maaf dari arw4h suaminya.

Biarpun saya tidak memahami dialek bahasa yang digunakan saya yakin si isteri sedang meminta maaf kepada arw4h. Bila terlihat perbuatan si isteri itu membuatkan saya teringat pada satu ayat… “Syurga seorang isteri terletak di bawah telapak kaki seorang suami”

Kelakuan si isteri membuatkan saya terfikir…

Kasih sayang si isteri kepada suaminya cukup setia sehingga ke hujung ny4wa. Hampir 10 minit situasi tersebut berlaku. Saya bersama yang lain hanya membiarkan dan memberi ruang kepada si isteri berbuat demikian. Kerana kami tahu itu adalah peluang kali terakhir untuk seorang isteri meminta maaf kepada suaminya..

Untuk makluman pembaca.. Maklumat tentang kem4tian arw4h disalurkan kepada kami oleh seorang staff f0rensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Katanya ada seorang perempuan yang juga isteri kepada satu jen4zah memerlukan bantuan pengurusan jen4zah untuk arw4h suaminya.

Staff f0rensik tersebut memberitahu si isteri tidak mempunyai duit untuk membayar kos pengurusan..
Lalu kami telah menawarkan diri untuk membantu pengurusan jen4zah secara keseluruhan. Jen4zah telah kami kebum1kan di tanah perkub0ran Islam Seksyen 21 Shah Alam.

Segala pengurusan untuk Allahyarham Zulbasir Bin Sulaiman kami gunakan dari tabung pengurusan jen4zah yang diinfaq oleh orang ramai. Kos liang lah4d untuk arw4h juga dibayar menggunakan dari dana yang ada.

Terima kasih kepada semua penyumbang. Kerana anda operasi kami masih berjalan sehingga hari ini..
Alhamdulillah

 

Sumber: Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia, haliabara

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.