Kasih Seorang Kakak Melangkaui Batas Agama , Setiap Kali Ramadan Beri Surau Wang Untuk Bacaan Tahlil Adiknya

Keluarga Santai Semasa

 

Sasterawan Negara, Usman Awang pernah berkata,

“Perpaduan tidak memberi erti kalau sekadar dalam lafaz kata-kata semata. Perpaduan tidak wujud hanya dengan disuruh-suruh dan diseru-seru. Perpaduan harus diwujudkan atas kepentingan rakyat dan bukan kepentingan suatu pihak atau golongan saja.”

Sementara itu, seorang ahli falsafah, George Herbert Mead pula berkata, “Masyarakat adalah perpaduan dalam kepelbagaian.”

Manusia diciptakan dalam kepelbagaian bangsa untuk saling mengenali dan menghormati antara satu sama lain.

Seorang pengguna Facebook, Rizal Imran berkongsi kekagumannya dengan seorang aci yang konsisten bersedekah untuk sebuah surau bagi pihak adiknya setiap kali bulan Ramadhan. Berikut merupakan kirimannya.

Kagum dengan aci ni. Tu gambar beliau dengan anaknya.

Setiap tahun Ramadan dia akan bagi wang untuk bacaan tahlil adiknya ke surau.

Tidak lupa juga buahan memang banyak yang dia sedekahkan.

Walaupun berlainan agama, namun mungkin itulah tanda sayangnya pada adiknya yang telah meninggal dunia.

Sempat bergurau dengan nya, “Aci every year aci sedekah. Aci kena masuk Islam juga lah macam your late brother”.. dia gelak jer cakap “Inshaallah Inshaallah…”.

Memang senario macam Malaysia in the 80s… harmoni pelbagai bangsa dan agama.

Respon positif

Berikutan perkongsian itu, ramai warga maya turut berkongsi pengalaman masing-masing tinggal dalam komuniti berbilang kaum.

“Alhamdulillah tahniah aunty. Bos saya pun Cina sebenarnya tapi setiap tahun bagi sedekah dekat hampir semua masjid. Harap satu hari nanti dia dapat hidayah.” – Nurizan Jaafar

“Di kampung saya pulak satu keluarga Cina akan memberi keperluan seperti gula, milo dan lain-lain ke surau bila bulan Ramadhan,” kata Rodziah Omar.

Ini yang patut diviralkan

Ramai yang memuji kebaikan di samping mendoakan aci dan keluarganya.

“Paramesvari Amoi, ibu dan keluarga awak memang hebat dan rakyat Malaysia yang sebenar. Semoga keluarga awak sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki.”

Sumber: Rizal Imran via siakap keli