“Katanya Sudah Cerai, Citra ini teman aku “- Ifan Seventeen Ditangkap Bersama Isteri Orang?

Hiburan

Selepas kem4tian isteri pada penghujung tahun lalu, berita kurang enak muncul dari penyanyi Ifan Seventeen. Ifan dikhabarkan jadi serbuan dalam sebuah pangsapuri dengan seorang perempuan dengan status isteri orang.

Video serbuan itu sendiri menjadi tular menerusi beberapa akaun instagram gosip sejak pagi ini (3/6/20190. Namun entah mengapa, selang beberapa minit video tersebut telah dihapuskan

Sumber Video: Detik.com

Dari info yang diterima Suara.com, video tersebut memperlihatkan seorang wanita berbaju hitam dan berambut panjang keluar dari sebuah bilik. Wanita yang didakwa bernama Citra Monica itu terlihat panik kerana wajahnya dirakam oleh beberapa orang lelaki.

Wanita terlihat berang dan tidak selesa dengan kamera yang dirakam.

“Kamu kok jahat amat sih sama aku,” kata wanita tersebut.

Tak lama selepas itu, muncul seorang lelaki mirip Ifan Seventeen. Ifan terlihat mengenakan t-shirt berwarna hitam dan ceseluar pendek berwarna pink.

Wajah Ifan Seventeen terlihat santai dan tersenyum. Bekas suami arwah Dylan Sahara itu kemudian betanya kepada orang yang merakam, “dari mana mas?”

Kemudian, Ifan Seventeen diminta untuk duduk oleh si lelaki perakam. Ifan kemudian menyebut, “Allahu akbar. Ada apa ini mas?”

Lalu lelaki tersebut kemudian bertanya, “ini sama siapa mas? Tapi sudah menikah?”

Ifan Seventeen kemudian menjawab, “Katanya sudah cerai. Citra, ini teman aku, teman SMA, ke sini lagi main-main,” jawab Ifan Seventeen.

Berita tersebut kini tengah menjadi buah mulut netizen di Indonesia, namun sehingga waktu ini belum ada ulasan lanjut dari pihak Ifan.

Sumber: hangat & detik.com