“Kau Pokemak orang boleh..”- Selepas Tak Kenal Juara AJL , Azwan Ali Block Naim Daniel Kerana Kurang Ajar.

Hiburan

 

Dinobatkan sebagai juara AJL 34 menerusi lagunya Sumpah beberapa hari lepas, Naim Daniel sebelum ini ada menzahirkan rasa terkilan apabila kemenangannya itu dipertikaikan oleh pengacara Azwan Ali yang lebih mesra dengan gelaran Diva AA itu.

Menerusi Twitter, Naim Daniel luahkan kekecewaannya terhadap pengacara lagenda yang pernah mengendalikan anugerah berprestij itu beberapa tahun sebelum ini.

Sayalah “JADAH” yang support Uncle Azwan ketika PRU 14 pada tahun sudah. – Naim Daniel

Disebabkan itu, Diva AA ada buat sidang media untuk tampil memberikan respon terhadap isunya dengan penyanyi dan pelakon ini.

Diva AA mengaku yang dia dah block Naim Daniel, malah disebabkan itu juga Diva AA mendakwa bahawa Naim Daniel ini kurang ajar dengannya. Video itu telah dikongsikan oleh Naim Daniel sendiri menerusi laman IG miliknya.

Kenapa mesti kau kena kurang ajar dengan aku – Azwan Ali

 

 

Perkongsian yang dimuat naik semula oleh netizen di Twitter telah mengundang kemarahan oprang ramai. Rata-rata tak suka dengan kenyataan Diva AA, bagi mereka cara Diva AA menyatakan pendapatnya terhadap Naim itu agak kasar dan bagi netizen, tidak ada apa yang disifatkan sebagai kurang ajar dalam respon Naim itu.

Orang cakap baik dengan kau, kau kata kurang ajar – Netizen

 

Sumber: Lobak Merah