“Kecewa kerana restoran itu merupakan legasi arwah ayah” – Hanya Bertahan 3 Bulan, Ning Baizura Tutup Restoran

Hiburan

PENYANYI Ning Baizura memberitahu restoran Tudung Periuk yang dibuka sekitar Mei tahun lalu hanya mampu bertahan tiga bulan sahaja.

Ning, 44, berkata, penutupan restoran itu disebabkan masalah tukang masak dan lokasi yang tidak strategik.

“Saya kecewa kerana restoran itu merupakan legasi arwah ayah dan ia hanya bertahan tiga bulan disebabkan masalah tukang masak.

“Sepanjang tiga bulan itu kami mendapat sambutan yang baik pada siang hari tapi pada malam hari tiada pengunjung. Lokasi itu tidak strategi untuk orang datang pada waktu malam,” ujarnya kepada mStar Online.

Ning rancang buka restoran baru di Bangsar.

Bagaimanapun, Ning berkata, dia mempunyai perancangan untuk membuka semula restoran berkaitan makanan dan minuman di lokasi yang lebih sesuai.

“InsyaAllah ada perancangan nak buka restoran di kawasan Bangsar dan restoran itu berkonsepkan muzik.

“Saya mahu restoran atau kafe itu juga memberi ruang kepada rakan-rakan artis untuk membuat persembahan,” ujarnya.

Image result for restoran tudung periuk

 

Sumber: Mstar Via @CatatanTerakhir