“Keluar Suara Jantan ” – Lakonan Janna Berkesan, Netizen Mulai Suka Drama Leftenan Zana.

Hiburan

Drama Leftenan Zana kini menjadi sebutan ramai apabila cerita ini mendapat sambutan dan respon positif daripada netizen meskipun pernah terpalit k0ntroversi.

Bagaimanapun, bagi netizen drama ini mempunyai kelainan dan membuatkan mereka suka menonton drama ini. Malah, salah seorang pelakon terkenal iaitu Janna Nick juga dipuji ramai apabila melihat lakonannya menerusi drama tersebut.

Antaranya babak yang dikongsi oleh Janna yang memerlukan dirinya menguatkan suara ketika berkawad juga sangat mencuri tumpuan ramai.

Diruangan komen, Janna dan drama ini juga menerima respon positif daripada netizen yang mengatakan drama ini best!

Video

 

Komen

Sumber: Janna Nick via Himpuananceritalawak