Tahap Kebahagiaan Rumah Tangga Semakin Baik Pada Gel0mbang Ketiga C0VID-19

PUTRAJAYA, 24 Dis — Tahap kebahagiaan rumah tangga di negara ini menjadi semakin baik pada gel0mbang ketiga C0VID-19 berbanding dua gelombang yang lepas, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Beliau berkata perkara itu dinyatakan oleh 49 peratus resp0nden daripada golongan ibu bapa yang terl1bat dalam tinjauan pendapat yang dilaksanakan secara dalam talian sempena Bulan Keluarga Kebangsaan 2020 pada November lepas.

Bersatu elections: Rina Harun retains Srikandi chief post

“Ini selaras dengan penemuan tinjauan tersebut yang turut mendapati bahawa sebanyak 64 peratus responden ibu bapa yang mengakui bahawa komunikasi mereka dengan pasangan telah menjadi semakin baik pada ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Rina berkata tinjauan terbaru Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) itu secara tidak langsung memberi gambaran institusi keluarga menunjukkan tanda-tanda pemul1han.

“Usaha lebih giat akan terus dilaksanakan melalui pelbagai pendekatan penyampaian pendidikan kekeluargaan bagi memastikan institusi keluarga mempunyai pengetahuan dan kemah1ran untuk berfungsi bagi mencapai kesejahteraan,” katanya.

Selain itu, Rina berkata skor keseluruhan Indeks Kesejahteraan Keluarga (IKK) 2019 meningkat 0.39 mata kepada 7.72 berbanding 7.33 pada 2016 dan kekal pada tahap sederhana.

Katanya domain hubungan kekeluargaan menjadi penyumbang skor tertinggi IKK 2019 iaitu 8.35 daripada skala maksimum 10.

Ciri Ciri Keluarga Bahagia Dapat Dilihat Dengan 5 Perbuatan Ini | theAsianparent Malaysia

Domain hubungan kekeluargaan dipantau melalui tujuh ind1kator yang mengukur aspek berkaitan kekeluargaan iaitu penglibatan ibu bapa, kualiti masa bersama keluarga, imbangan kerja dan keluarga, perhubungan rapat, kefungsian keluarga, daya tindak keluarga dan daya tahan keluarga, katanya.

Domain lain yang diukur ialah keluarga, peranan agama dan amalan ker0hanian yang mencatatkan skor 8.25; domain keluarga dan keterlibatan komuniti (8.00) serta domain keselamatan keluarga (7.86).

Domain ekonomi keluarga pula merekodkan skor 7.67; domain kesihatan keluarga (7.44); domain perumahan dan persekitaran (7.35) serta domain keluarga dan teknologi komunikasi (6.82), katanya.

 

Sumber: BERNAMA

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf