Keluarga Buat Pengesahan, Ia adalah May4t Nora Anne – Ketua Polis Negeri Sembilan

Semasa

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop mengesahkan m4yat wanita berkulit putih yang ditemui kira-kira 2.5 kilometer dari resort lokasi terakhir warganegara Ireland Nora Anne Quoirin, 15 tahun, yang hilang pada 4 Ogos lalu adalah milik remaja itu.

Bercakap di sidang media di Hospital Tuanku Jaafar, di sini,  pengesahan dibuat selepas keluarga mangsa membuat pengecaman terhadap may4t berkenaan di hospital itu sebentar tadi.

Keluarga sahkan mayat dijumpai adalah Nora Anne - Ketua Polis Negeri Sembilan

 

Terdahulu, dalam kejadian pada 4 Ogos lalu, Nora Anne yang mengalami masalah pembelajaran itu tiba bersama keluarganya dari London pada Sabtu untuk percutian dua minggu, sebelum Nora Anne dilaporkan hilang.

Remaja berkenaan disedari hilang dari bilik penginapannya di resort berkenaan oleh keluarganya pada pukul 8 pagi sebelum operasi SAR dilancarkan.

mayat itu ditemukan sepasukan pendaki sukarelawan yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada 1.57 tengah hari berhampiran anak sungai, kira-kira 2.5 kilometer dari resort Nora Anne, 15, dilaporkan hilang.

Mayat dibawa keluar daripada lokasi menggunakan helikopter dan terus diterbangkan ke HTJ.

Mazlan berkata m4yat itu ditemui dalam keadaan tidak berpakaian dan enggan mengulas sama ada terdapat sebarang kecederaan pada tubuh mayat berkenaan dan menegaskan perlu menunggu laporan bedah siasat.

Ditanya pemberita adakah kawasan penemuan may4t itu pernah dicari sebelum ini, Mazlan berkata kawasan itu adalah sebahagian daripada kawasan pencarian.

“Kita sudah cari di kawasan itu dua kilometer, empat kilometer dan enam kilometer dan kemudian berpatah balik…kita ‘on and off’ cari di kawasan itu.

Ditanya adakah kemungkinan kes disiasat mengikut Seksyyen 302 Kanun Keseks4an, Mazlan berkata siasatan masih di bawah kes orang hilang.

Mazlan berkata perkembangan kes itu akan dimaklumkan oleh Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop.

Terdahulu, Mazlan turut meninjau lokasi penemuan m4yat serta bertemu dengan keluarga Nora Anne.

sumber : astro awani