Kerana kekhiIafan staff KKM, satu keluarga d4kwa dij4ngkiti C0VID-19

Keluarga Tempatan Viral

KUALA LUMPUR: Biarpun dua kali melalui ujian saringan RT-PCR, yang mana kedua-duanya menunjukkan keputusan negatif daripada virus C0VID-19, rasa tidak sedap hati seorang wanita mendorong beliau mencari RTK-Antibodi di pasaran.

Keputusannya, ujian serologi terhadap sampel darah itu menunjukkan terdapat perubahan kepada antibodi dirinya dan anak perempuannya, yang membawa maksud ada tindak balas terhadap kehadiran virus berkenaan.

Dr Sri Azra Attan, 43, menjelaskan tindakannya itu diambil selepas pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) didakwa terkhilaf kerana memaklumkan suaminya Muhammad Ghazali Abdul Aziz, 44, disahkan negatif C0VID-19, sedangkan keputusan sebenar ialah positif.

“Suami saya sebenarnya telah dijangkiti ketika berada di Wad Hospital Serdang. Suami saya tak mampu bergerak dari katil pun. Adakah kakitangan KKM tidak mengamalkan SOP yang betul ketika merawat suami saya?

“Kecuaian pihak KKM ketika memaklumkan keputusan RTK-PCR kepada suami saya. Kami dimaklumkan suami saya negatif, walhal yang sebenarnya suami saya positif C0VID-19. KKM juga telah mengarahkan suami saya yang positif untuk balik ke rumah. Sudahnya kami di rumah pula yang terdedah kepada w4bak C0VID-19.

“Kami juga sudah melakukan ujian RTK-Antibodi. Terbukti saya dan Mia pula didapati positif ketika tempoh kuarantin. Kerana kesilapan KKM, mereka telah membahayakan nyawa kami sekeluarga,” katanya menerusi catatan dalam Facebooknya hari ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azra Ghaz (@azraghaz)

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan sebagai berkata, ujian RTK-Antibody tidak boleh dijadikan sebagai penanda aras jangkitan C0VID-19 dalam tubuh badan seseorang individu.

Jelasnya lagi, kehadiran antibodi yang dikesan ujian serologi tidak mampu mengesahkan jangkitan aktif C0VID-19, manakala keputusan negatif ujian berkenaan tidak bermaksud individu berkenaan benar-benar bebas daripada virus tersebut.

Namun, beliau berkata, penggunaan RTK-Antibody boleh dilakukan sebagai pengesanan jangkitan C0VID-19 dalam sesebuah komuniti, termasuk kumpulan sasaran tertentu.

Dan ini, jelasnya lagi, adalah selari dengan garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa ujian RTK-Antibody boleh digunakan dalam kajian epidemiologi.

Muhammad Ghazali, ketika dihubungi Astro AWANI menceritakan kronologi peristiwa berkenaan, bermula tarikh beliau dimasukkan ke Hospital Serdang pada 7 Disember, 2020 akibat jangkitan nanah pada bahagian pinggul.

“Setelah dua hari dimasukkan ke wad, terdapat kes C0VID-19 yang berlaku di wad berkenaan dan ianya telah di “lockdown”, jadi saya dan pesakit tidak boleh ke mana-mana untuk mengelakkan daripada menjangkiti orang lain. Saya kemudiannya diarahkan untuk menjalani ujian saringan RTK-Antigen pada 10 Disember.

“Lama kelamaan jumlah pesakit dalam wad berkenaan telah berkurang kerana keputusan swab mereka adalah negatif dan dibenarkan pulang untuk menjalani kuarantin di rumah. Ujian swab kedua ke atas saya dibuat pada 17 Disember dan sejurus selepas itu dibenarkan pulang bagi menjalani kuarantin di rumah pula.,” katanya lagi.

Sebelum pulang, Muhammad Ghazali berkata, pihak KKM memaklumkan sekiranya tiada panggilan berkenaan keputusan ujian saringan kedua, maka boleh datang terus ke Hospital Serdang untuk memotong gelang merah jambu di tangannya.

Sehingga 22 Disember dari tarikh dibenarkan pulang, Muhammad Ghazali berkata, tiada sebarang panggilan telefon diterima dan beliau terus pergi untuk menyelesaikan urusan berkenaan.

“Bagaimanapun, keesokan harinya (23 Disember) saya terima panggilan mengatakan berlaku kesilapan pada nama dan saya sebenarnya disahkan positif C0VID-19. Saya dimaklumkan oleh doktor yang hendak membuat ‘follow up’ mengenai penyakit awal saya,” jelas beliau lagi.

Muhammad Ghazali berkata, sewaktu mendapatkan penjelasan tentang prosedur pemotongan gelang merah jambu itu walaupun dirinya positif, beliau dimaklumkan terdapat kesilapan berlaku ketika saringan maklumat dan individu lain yang mempunyai nama sama sebenarnya disahkan positif.

“Walaupun dimaklumkan berlaku kesilapan pada nama, saya agak skeptikal, sebab saya duduk di hadapannya (petugas yang memotong gelang itu). Surat yang saya bawa semua ada maklumat terperinci.. nama, nombor kad pengenalan dan sebagainya.

“Saya nampak dia salin ke satu lagi surat (surat pelepasan), lepas tu dia gunting gelang di pergelangan tangan saya. Saya tak nampak yang dia check betul-betul,” katanya lagi.

Pada keesokan harinya (24 Disember), Muhammad Ghazali menerima panggilan memaklumkan beliau akan dibawa ke Hospital Sungai Buloh menggunakan van KKM, untuk lawatan lanjut.

“Masa dia ambil pukul 9 malam menggunakan van, ada beberapa kawasan lagi lagi dia ambil orang. Apabila kami tanya kenapa bawa laju, pemandu berkenaan menjawab perlu kejar trip, kerana ada bas menunggu pada pukul 10 malam untuk ke Sungai Buloh.

“Sampai di dewan di Kajang, bas tak ada, tetapi pukul 12 malam baru bas tiba. Lebih kurang pukul 1 pagi baru kami bergerak ke Hospital Sungai Buloh,” katanya lagi.

 

Dalam pada itu, Azra melalui catatannya menegaskan, beliau dan anak perempuannya telah dijangkiti virus berkenaan kerana kekhilafan di peringkat KKM sedangkan perkara itu boleh dielakkan.

Ujarnya lagi, beliau akan membangkitkan perkara ini dalam pertemuan yang telah diaturkan dengan pihak KKM bagi mendapatkan penjelasan lanjut, terutamanya mengenai kesilapan yang membahayakan dirinya dan keluarga.

“Kita berbincang di saluran yang betul. Semoga yang senasib dengan saya, tak perlu memaki hamun dan menyumpah seranah KKM.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya faham, KKM sedang menggalas tugas yang sangat berat sekarang. Tetapi, memahami tak bermaksud berdiam diri dan menerima sahaja penindasan terhadap kita. Kita berhak untuk mendapat layanan dan perhatian yang sewajarnya dari pihak KKM,” katanya lagi.

Sebagai menghormati kebebasan maklumat, serta pemberitaan yang adil, Astro AWANI akan berusaha mendapatkan penjelasan pihak Kementerian Kesihatan bagi memastikan isu ini ditangani sebaik mungkin.

 

Sumber: Awani, Instagram azraghaz

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.