Image result for kerajaan baru

“Kesepakatan sudah dicapai dan bukan lagi cakap kosong”- Kerajaan Baru Akan Dibentuk Melalui Petunjuk Yang Dilihat.

Semasa Tempatan

Image result for kerajaan baru

Polis kawal keselamatan di kawasan hotel.

Beberapa pasukan polis ditugaskan mengawal keselamatan di kawasan Hotel Sheraton, di sini, berikutan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dijangka mengadakan sidang media, malam ini.

Pasukan terbabit adalah dari Balai Polis Sea Park, Damansara, Petaling Jaya, Kelana Jaya, Sungai Way, Kota Damansara, Sri Damansara dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Difahamkan, lebih 100 pegawai dan anggota terbabit dalam Op Lakar Perdana itu yang diketuai Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal.

Nik Ezanee ketika dihubungi bagaimanapun berkata, ia adalah penugasan biasa apabila membabitkan pergerakan Perdana Menteri.

“Berikutan kehadiran Perdana Menteri di kawasan ini, maka saya perlu mengaturkan anggota untuk mengawal keselamatan dan lalu lintas,” katanya.

Dr Mahathir dijangka bertemu Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, malam ini, dan mengadakan sidang media selepas perjumpaan itu tetapi masanya belum ditetapkan.

Ramai Yang Sokong Tun Mahathir

Sudah ada 130 kerusi – itu jumlah sokongan kerusi Parlimen yang dikatakan diperoleh Tun Dr Mahathir Mohamad, ketika ini.

Menurut sumber, jumlah itu dicapai melalui persetujuan kolektif membabitkan Ahli Parlimen daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), UMNO, serpihan PKR, PAS dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

Sumber itu memaklumkan, kehadiran beramai-ramai ke Hotel Sheraton, di sini, malam ini, adalah bagi menunjukkan bahawa kesepakatan sudah dicapai dan ia bukan lagi cakap kosong mana-mana pihak.

“Ia juga akan membabitkan perubahan di beberapa negeri, iaitu Kedah dan Perak. Apapun, ia adalah sejarah negara dan simbol penyatuan di negara ini.

“Ini juga penyatuan keluarga besar umat Islam dan kita berharap ia akan memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

Sumber: Bharian Online