“Ketumbuhan ini punca saya sukar untuk hamil lagi..”- Scha Alyahya Selamat Jalani Pembedahan.

Hiburan

Pelakon Scha Alyahya memaklumkan bahawa dirinya selamat menjalani pembedahan membuang ketumbohan dalam rahim ataupun dikenali sebagai Endometri0s1s di sebuah pusat perubatan di ibu kota, Khamis lalu.

Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya, 37, berkata, masalah ketumbvhan itu sebenarnya mula dikesan pada Disember tahun lalu.

“Ketika membuat pemeriksaan pada Disember lalu, saya dimaklumkan terdapat ketvmbuhan baru dan disarankan untuk menjalani pembedahan.

“Tambahan pula, akibat ketvmbuhan itu tanda-tanda lama berulang seperti sakit pinggang dan sakit perut yang melampau ketika datang bulan.

 

View this post on Instagram

 

pre op

A post shared by Scha Alyahya™ (@schaalyahya) on

“Perkara ini tidak mengejutkan kerana difahamkan ia memang boleh berlaku lagi pada individu yang pernah mengalaminya. Antara punca adalah faktor pemakanan,” katanya seperti yang dilapor Harian Metro.

Menurut Scha lagi, masalah ketumbuhan dalam rahim yang dihadapinya itu juga menjadi salah satu penyebab dia sukar untuk ham1l lagi.

“Meskipun ada penghidap sama boleh ham1l, namun dalam kes saya ini antara punca saya susah nak ham1l lagi.

“Jadi, saya berdoa selepas ini dipermudahkan proses untuk hamil kali kedua. Meskipun ada rawatan alternatif lain untuk ham1l, tapi sekurang-sekurangnya saya kena buang ketumbuhan ini dulu,” katanya.

Sebelum ini, Scha pernah menjalani pembedahan sama pada 2013 iaitu sebelum disahkan ham1l anak sulung, Lara Alana.

Sumber: Harian Metro