Kiai Menangis Saat Pimpin Isteri Nazak Ucap Syahadah, Sebelum Turut Sama ‘Pergi’ Sejam Kemudian

Islamik Luar Negara

Makassar, Indonesia: Siapa sangka peneman hidup sepanjang hay4t di dunia ini akan pergi dahulu mninggalkan pasangannya. Sudah pasti kesed1han akan membelenggu diri malah merasakan dunia ini seakan gelap seketika.

Inilah yang dialami oleh seorang lelaki dari Katangka, Gowa, Sulawesi Selatan yang terpaksa melihat sendiri pemergian isterinya yang tersayang. Mungkin akibat tidak mampu menahan sebak, lelaki ini kemudiannya menghembuskan nafas terakhir sejam setengah selepas itu.

Cerita Kiai NU Yang Wafat Setelah Tuntun Syahadat Sakratul Maut ...

Seorang lelaki berumur 76 tahun telah mninggal dunia selang 1 jam selepas isterinya menghembuskan nafas terakhir pada malam (16/8/2020).

Semasa kejadian itu, Drs H M Idrus Makkawaru, 76, seorang kiai Nahdlatul Ulama (NU) Bantaeng sempat mengajar isterinya Sitti Saniah, 74 untuk mengucap dua kalimah syahadah.

Ketika Kiai Idrus mengucapkan kalimah syahadah kepada isterinya, Kiai Idrus terlihat dalam keadaan sangat sedih dan menitiskan air mata, kata-kata daripada Muhammad Yunus, Ketua Kementerian Agama Wilayah Bantaeng.

Sejurus selepas itu, isterinya disahkan mninggal dunia jam 8 malam. Kiai Idrus tidak dapat menahan kesedihan dan menitiskan air mata sehinggakan dia pula menghembuskan nafas terakhir pada 9.30 malam. 

Isterinya, Sitti Saniah, 74 telah mninggal dunia pada pukul 8 malam dan sejam kemudian disusuli oleh kemat1an suaminya Kiai Idrus.

Mengikut lap0ran perubatan, Kiai Idrus mempunyai sejarah penyak1t jantvng.

Sejarah hidup Kiai Idrus dik0ngsikan serba sedikit oleh Ketua Kementerian Agama Wilayah Bantaeng, Muhammad Yunus yang mengatakan sepanjang hay4tnya, Kiai Idrus seorang yang kuat beribadah dan disegani oleh penduduk setempat.

“Kiai Idrus mampu menghabiskan 10 juzuk al-Quran setiap hari selain sering menyampaikan ceramah di Masjid Tua Bantaeng. Dia juga adalah tokoh agama disegani dengan keperibadian mulia.”

Tuntun Istri Ucap Syahadat saat Sakaratul Maut, 1 Jam Kemudian ...

Kedua-dua jnazah tersebut telah selamat dikebvmikan di Taman Pemak4man Umum (TPU) Letta, Jalan Dr Ratulangi pada keesokan harinya selepas solat zohor.

Sesungguhnya cinta itu adalah perasaan yang wujud untuk kita saling menghargai pasangan kita yang selama ini bersama-sama berkorban untuk membina kehidupan yang harmoni dan bahagia. Jadi, sayangilah mereka sepenuh hati. 

 

Sumber: KOMPAS.com, Siakap Keli, Tribunnews

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.