
KUALA LUMPUR 1 Mei – Pendakwah terkenal, Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz telah kembali ke rahmatullah pagi ini.
Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran dalam laman Facebook oleh pemilik akaun Nabil Ahmad.
“Dato Seri Abu Hassan Din al-Hafiz baru sahaja kembali bertemu dengan penciptanya. Ya Allah,” tulisnya.
Terdahulu, Nabil memaklumkan dalam laman sosial itu, Allahyarham telah dikejarkan ke hospital pagi ini selepas rebah dan tidak sedarkan diri setelah solat subuh.
3 beradik tokoh ulamak negara kita telah pergi menghadap ilahi . Seluruh ummah telah menyaksikan jasa mereka dalam mendidik masyarakat dari muda sampai tutup usia .
- Tuan Guru Haji Ishak Din
- Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din
- Tuan Guru Dato’ Seri Abu Hassan Din al Hafiz
Moga Allah Taala pelihara roh mereka bertiga dan menempatkan mereka didalam kalangan yang mendapat Syurga Tertinggi
