” Kita tetap beriktiar, kita terima golongan ahli agama..” Kehilangan Acap ada unsur mistik, kenyataan pengarah Bomba Perak.

Bernama News Channel melaporkan bahawa Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Azmi Osman tidak menolak unsur mistik dalam misteri kehilangan Mohammad Ashraf Hassan yang menggemparkan negara baru-baru ini.

”Sebenarnya dalam konsep ini antara percaya atau tidak, tetapi saya nak nyatakan dalam Al-Quran sendiri mengatakan bahawa perkara ini harus percaya dan tidak wajib percaya. ”Jadi dalam erti katanya, walaupun ada dalam kalangan sesetengahnya ada pihak yang mengatakan tidak boleh mempercayai tetapi kita tetap beriktiar kita laksanakan dan kita menerima ustaz-ustaz dan golongan ahli agama, ulama-ulama untuk memberi pandangan dan membantu kita dari segi solat hajat dan sebagainya,” katanya.

Beliau turut berkata pihaknya sedia menerima bantuan daripada pihak-pihak yang mempunyai kemahiran tertentu untuk mencari m4ngsa bagaimanapun mengingatkan bantuan tersebut tidak bertentangan dengan syariat dan ajaran agama Islam.

Tambahnya lagi, usaha pencarian Mohammad Ashraf atau Acap berasal dari Muar, Johor juga tidak akan dihentikan bahkan operasi mencari yang melibatkan sekitar 20 anggota akan diteruskan. Acap dilaporkan hilang ketika menyertai acara larian trek Gopeng Ultra Trail (GUT) pada 23 Mac lalu. Kelibatnya tidak kelihatan di garisan penamat biarpun menduduki tangga 10 teratas dalam kategori larian 25 kilometer.

VIDEO :

Unsur mistik, alam ghaib antara faktor Acap hilang

#BuletinBernama : Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Azmi Osman tidak menolak unsur mistik dan alam ghaib mungkin menjadi faktor Mohammad Ashraf Hassan atau Acap hilang jejak, dan tidak dapat dikesan selama lebih 20 hari. Kerana sehingga hari ini tidak ada petunjuk jelas di mana peserta larian Gopeng Ultra Trail (GUT) itu berada, sejak beliau hilang 23 Mac lalu.

Posted by Bernama News Channel on Jumaat, 12 April 2019

 

Pendapat dari Mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin mengenai ‘Bolehkah Jin Menculik Manusia Dari Sudut Pandang Agama?’

Dr. Maza- Bolehkah Jin Menculik Manusia Dari Sudut Pandang Agama?

Dr. Maza- Bolehkah Jin Menculik Manusia Dari Sudut Pandang Agama?

Posted by PROmediaTAJDID on Khamis, 11 April 2019

sumber : bernama/promediatajdid

error: Content is protected !!