KJ Sahkan PM Bakal Jadi Individu Pertama Terima Svntikan V4ksin C0vid-19 Di Malaysia

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan bakal menjadi individu pertama dalam negara yang akan menerima suntikan vaks1n C0vid-19 sebaik program vaks1nasi dilaksanakan hujung bulan ini.

Image

Program Imunisasi C0vid-19 Kebangsaan yang diumumkan kerajaan sebelum ini dijangka mula dilakukan pada hujung bulan ini sebaik penghantaran fasa pertama dari syarikat Pfizer dan juga BioNTech tiba.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini memaklumkan Vaks1n dari Pfizer dijangka tiba pada 26 Januari sebelum ianya diagihkan ke negeri-negeri bagi suntikan penerima.

Kerajaan difahamkan menyasarkan sebanyak 26.5 juta individu atau 80 peratus populasi negara akan menerima vaks1n secara percuma yang terdiri dari tiga fasa.

Fasa pertama seperti yang diumumkan perdana menteri adalah terdiri dari 500,000 petugas barisan hadapan merangkumi petugas kesihatan dan petugas bukan kesihatan.

Terdahulu Muhyiddin Yassin pada Disemer lalu menawarkan diri menjadi antara invididu terawal untuk  menerima suntikan vaks1n C0VID-19 demi meyakinkan rakyat bahawa vaks1n yang diperoleh adalah selamat dan berkesan.

Keluarkan sijil halal untuk vaks1n C0vid-19, kata persatuan farmasi

Sementara itu, Presiden Persatuan Farmasi Malaysia Amrahi Buang meng3sa Kerajaan memperkenalkan pensijilan halal untuk vaks1n C0vid-19 yang digunakan di negara ini agar ia tidak dijadikan alasan penolakan pengambilan vaks1n oleh sesetengah individu yang meragui status berkenaan.

Mengulas lanjut, isu halal vaks1n sebenarnya tidak seharusnya menjadi pert1kaian memandangkan kebanyakan vaks1n C0vid-19 pada masa kini tidak menggunakan sebarang sumber haiwan, malah ada yang telah disahkan halal oleh negara luar.

“Dengan ini kita dapat pastikan yang ia (vaks1n) tetap halal, cuma langkah seterusnya mungkin kita boleh buat pensijilan halal… kalau kita lakukan itu, ia lebih baik.

“Jadi ini satu perkara yang boleh dilakukan oleh syarikat Pharmaniaga ataupun Du0pharma yang bertanggungjawab memperoleh dan membekalkan dos vaks1n C0vid-19 ke negara ini, untuk mendapatkan sijil halal daripada pihak berwajib,” katanya dalam program Koresponden yang disiarkan secara langsung di Bernama TV.

Beliau berkata vaks1n C0vid-19 keluaran Pfizer, Comirnaty misalnya, dibangunkan menggunakan teknologi baharu iaitu jenis ‘messanger ribonucleic acid’ (mRNA) yang tidak menggunakan sebarang sumber haiwan.

Amrahi berkata vaks1n C0vid-19 keluaran syarikat farmaseutikal China, Sinovac pula telah ditetapkan halal oleh Majlis Ulama Indonesia, malah pihak berkuasa negara itu telah ke China untuk melihat sendiri isi kandungan vaks1n tersebut.

Selain itu, baru-baru ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam yang bersidang pada 3 Dis lepas mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaks1n C0vid-19 adalah harus dan ia wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan kerajaan.

Sementara itu, Amrahi berkata adalah tidak logik untuk mengatakan vaks1n C0vid19 yang bakal masuk ke dalam negara ini tidak selamat, memandangkan aspek kesel4matan terhadap pengambilan vaks1n itu sentiasa diberikan perhatian paling utama oleh kerajaan.

“Apa-apa vaks1n yang akan masuk ke dalam pasaran Malaysia, ia perlu didaftarkan dan diluluskan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA)… jadi dalam proses pendaftaran itu, ia memastikan tiga perkara dipatuhi iaitu kualiti, keselamatan dan keberkesanan.

“Seperti mana-mana ubat termasuk vaks1n , apabila sesuatu yang asing masuk ke dalam badan, penerimaan dan tindak balas setiap individu adalah berbeza… sebab itu kesan sampingan perlu dipantau dan ia perlu dilaporkan kepada NPRA sekiranya wujud kesan buruk yang disyaki daripada vaks1n berkenaan,” katanya.

 

Sumber: BERNAMA, Buzzkini, FMT

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.