Kongsi Foto Bersama Bekas Juara MotoGP Di Tepi Kolam, Dayana Roza & Jorge Lorenzo Bercinta?

Dunia hiburan tanah air tidak pernah sepi dari kontroversi mahupun gosip-gosip panas membabitkan selebriti sama ada lelaki atau perempuan.

Terbaru, pelakon Dayana Roza, 28, mengemparkan pengikutnya apabila beliau mengulang siar foto mesra tepi kolam bersama bekas juara dunia MotoGP Jorge Lorenzo di Bali.

“Senang dapat jumpa awak juga. Seronok boleh bersembang lagi,” tulis hantaran Instagram tersebut.

Berdasarkan gambar, juara dunia tiga kali berasal dari Sepanyol kelihatan tidak memakai baju manakala Dayana mengenakan pakaian seakan-akan bik1ni.

Memperoleh lebih 16,000 tanda ‘suka’, hantaran tersebut mendapat perhatian rakan artis termasuk Tiz Zaqyah, Adeline Tsen dan Sheila Rusly.

Sementara itu, ramai pengikut pelakon Minah Moto turut meninggalkan pelbagai komen termasuk ada yang mendoakan mereka ke jinjang pelamin serta memohon Lorenzo menukar nama kepada “Ahmad Amran Lorenzo”.

Gambar tersebut awalnya terlebih dulu dimuat naik Lorenzo, 32, melalui akaun Instagramnya pada hari sama. Semakan mendapati pasangan itu bertemu di hotel lima bintang iaitu Alila Seminyak.

Tidak pasti sejauh mana hubungan mereka, Lorenzo sebelum ini didakwa beliau ada hubungan dengan pelakon Indonesia, Nikita Mirzani.

Malah bintang filem Jakarta Undercover pada 23 November lalu memuat foto mencium pipi Lorenzo.

 

View this post on Instagram

 

💋

A post shared by Nikita Mirzani Official (@nikitamirzanimawardi_official) on

 

sumber : msn.com

error: Content is protected !!