‘Korang nampak tak?’ – Nak Troll Netizen, Aeril Zafrel Pula Di Tuduh Tidak Sensitif Pada Keluarga Acap.

Hiburan Semasa

Kehilangan Acap salah seorang peserta Gopeng Ultra Trail sehingga kini masih kekal misteri. Berikutan kehilanganya, telah viral di media sosial kononnya ada penampakan ‘wajah-wajah’ seram pada gambar larian Acap yang sempat dirakamkan sebelum dia hilang.

Terbaharu, pelakon terkenal Aeril Zafrel telah memuat naik satu foto di laman Instagramnya dengan membulatkan beberapa kawasan pada foto tersebut. Lantas netizen menegur tindakan Aeril itu seakan biadap kerana tidak menghormati perasan ahli keluarga mangsa.

‘Korang nampak tak?’

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

ambik gambar ni waktu shooting tadi. korang nampak tak? 😱😱😱😱 .masalah #netizenmalaysia

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

Melihat pada foto yang dimuat naik itu memperlihatkan Aeril sedang berdiri dibawah sebuah pokok dan telah membulatkan beberapa kawasan disisinya yang kononnya ada penampakan wajah seram. Menerusi kapsyen yang dilihat berbaur gurauan itu telah menimbulkan kecaman daripada netizen.

Ini respon netizen

Rata-rata respon netizen menyatakan tindakan Aeril itu seperti ingin mempersendakan kehilangan Acap. Sepatutnya, dia menghormati perasaan keluarga Acap dan tidak menjadikan perkara ini sebagai bahan gurauan.

Bagaimanapun, Aeril telah meninggalkan komen balas terhadap teguran yang ditinggalkan oleh netizen di ruang komen foto tersebut.

Ini pula respon Aeril

Sumber: Aeril Zafrel / ohbulan