Lagi Foto Mesra Suffian Suhaimi Tersebar.. Siap Ada Tiket Flight Ke Bali Berdua.

Hiburan

Rupanya kisah mengenai foto seorang lelaki yang dikatakan mirip kepada penyanyi Sufian Suhaimi belum berakhir apabila muncul pula foto terkini lain, termasuk video yang sekali lagi, ia mirip kepada wajah penyanyi berusia 27 tahun itu.

Meski sebelum ini isu foto terbabit sudah dijelaskan Sufian, namun suatu perkongsian terkini menerusi Twitter yang menggunakan akaun Penumpah Teh kembali menghangatkan kisah berkaitan.

Berikut merupakan antara foto terkini yang diambil daripada akaun tersebut.

Turut kelihatan ialah foto yang memperlihatkan dua keping tiket penerbangan ke Bali yang tertera nama penyanyi Di Matamu itu.

Bagaimanapun, nama seorang lagi penumpang tidak pula didedahkan.

“Dan x seharusnya aku terbang ke bali bersama denganmu di dunia ini. dan chuolssssssss. holiday berdua bilik asing2 kan pian. merq sentiasa positive chuols,” ayat yang tertera di ruangan kapsyen akaun tersebut.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada apa yang dipaparkan itu merupakan gambar terkini atau sebaliknya, meski ada salah satu foto tertera tarikh.

Turut dipaparkan ialah rakan video seorang lelaki berbaju merah yang sedang dibelai dagunya oleh seorang wanita.

Video tersebut yang dimuat naik beberapa jam lalu itu sehingga kini sudah pun menerima hampir 10,000 tontonan.

Video:

 

Sama ada ia sama atau pun tidak, jangan mudah untuk membuat sebarang spekulasi memandang setakat ini, tiada lagi sebarang kenyataan daripada pihak bintang tersebut okay.

Foto/Video: Twitter Penumpah Teh, media hiburan